Siakap Keli

Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bumi Berbentuk Bulat Sfera

Jika sebelum ini Suhami Saad mengeluarkan kenyataan mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama, kini dia mencabar pula angkasawan negara untuk bersumpah.

Suami kepada Ina Naim itu secara terbuka mencabar Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi ini berbentuk sfera.

Malah, Suhaimi dengan nama facebook Mosus juga berjanji untuk menghentikan kajiannya jika Dr Sheikh Muszaphar Shukor berani berbuat demikian dan menolong berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ supaya insaf.

Tidak cukup dengan itu, Suhaimi turut meminta netizen untuk menunjukkan kepadanya di mana langit dunia seperti disebutkan dalam surah al-Mulk.

Pada masa yang sama, seoarang netizen telah meminta pendapat Suhaimi di ruangan komen status berkenaan bagaimana penerbangan Tokyo ke San Francisco perlu melalui laluan ditunjukkan dan tidak merentas benua Afrika dan Eropah.

Suhaimi bukannya menjawab persoalan tersebut, tetapi menyekat facebook individu tersebut. Malah, tindakan menyekat ‘haters’ di facebooknya turut didakwa sebagai amalan yang diberi pahala. Apa pendapat anda?

 

Sumber : Mosus

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.