Siakap Keli

”Kalau Rasa Bumi Ni Flat Suka Hati Awaklah, Tapi Kalau Antivaccine Saya Kisah,” – Dr Halina

Isu yang menjadi perhatian ramai semalam adalah mengenai perdebatan isu vaksin yang bersiaran secara langsung di TV Alhijrah. Hujah yang dismpaikan oleh Datuk Dr Musa selaku Pakar Perunding Pediatrik disokong ramai kerana bertepatan dengan fakta.

Tampil memberi pandangan, isteri angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Dr Halina melalui laman instagramnya. Beliau menegaskan bahawa vaksin adalah usaha kita sebagai hamba-Nya.

Jelas Dr Halina, usah pentingkan diri sendiri dalam hidup bermasyarakat kerana kesan tidak menvaksinkan anak-anak bakal memberi kemudaratan kepada orang lain. Berfikirlah secara bijak.

I dont have a proper photo for this entry. Kalau ada pun meme yg sgt lucu tp mungkin saya ada dapat dosa free sbb sebarkan meme tu, so saya gelak sendiri je lah..

Semalam punya Vaksin di tv @tvalhijrah114memang very informative. I hope many of you tgk debate tu. Every time Dr Musa open his mouth and said something, its purely fact and concrete information..

The bomb question bila moderator tanya.. “sebagai seorg muslim.. jika pandangan WHO dan pakar perubatan tak diikut, pandangan ulama tak dipatuhi, nak ikut kata siapa??” 

In my humble opinion, this anti-vaccine group punya argument banyak berkisar tentang intuitive.. rather than informative. They will go back to isu2 seperti khauf dan raja’a (takut pada Allah, meletakkan harapan yg tinggi kepadaNya). Memang betul… bukan vaksin yang menyembuhkan.

Tapi vaksin tu sebahagian daripada usaha kita sebagai hambaNya. Golongan antivaccine ni lebih kepada ikut rasa hati / emosi / intuition berbanding kepada ilmu pengetahuan..
Kita sebagai ibu bapa, fikirkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Dulu takde pun difteria di Malaysia, dah sampai 0 case. Tp sebab adanya golongan antivaksin, dah ada rekod kematian 5 kanak-kanak…. yang dapat jangkitan difteria ni sure lagi ramai…

Dulu kita ada herd immunity. According to Dr Musa, herd immunity ni buleh dicapai bila vaksin coverage sampai 95% . Now vaksin coverage is only abt 88%. Maknanya, we are losing our herd immunity. Dah makin susah nak protect disease dr merebak!!

Kenapa saya tulis panjang lebar pasal vaksin ni.. sebab anak-anak saya pergi sekolah sama dgn anak-anak awak semua. Sebab anak-anak kita semua berkawan, maybe not now… but one day inshaAllah.. jadi, fikir-fikir kan lah.. kita hidup bermasyarakat. Islam ajar kita supaya hormat and sayang jiran tetangga… jgn pentingkan diri sendiri…

Kalau awak rasa bumi ni flat… sukati lah.. tp kalau awak antivaccine sampai memudaratkan org lain.. saya kesah!

Sumber : Instagram drhalina

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.