Siakap Keli

Tentera Israel Serang Penganut Islam Dalam Masjid Al-Aqsa

Tentera Israel pada petang Selasa telah menyerang penganut agama Islam Palestin di dalam masjid Al-Aqsa di bandar Baitulmaqdis yang didudukinya, menyebabkan ramai mangsa cedera sebelum menahan yang lain, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan saksi.

Serangan berlaku berhampiran pagar Al-Rahma masjid itu, menurut saksi tanpa menyatakan jumlah tentera Israel yang terlibat dalam insiden tersebut.

Persatuan Bulan Sabit Merah berkata pasukannya telah merawat seorang mangsa yang cedera dalam serangan itu ketika dia dibawa ke hospital, namun tidak memberikan butiran lanjut.

— BERNAMA

Nur Farra