Siakap Keli

”Saya Masih Sihat,” Bukan Bahan Jenaka, AR Badul Kesal Dikatakan Meninggal Dunia

Tular di media sosial sejak pagi tadi kematian pelakon lagenda tanah air AR Badul. Rata-ratanya telah berkongsi berita sedih itu sedangkan ia merupakan penyebaran berita palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Tampil memberi penjelasan, AR Badul yang juga abang kepada Adlin Aman Ramlie kesal dikatakan meninggal dunia memuat naik status di facebook rasminya memberitahu bahawa dia masih sihat.

”Salam semua, saya masih sihat.. Jangan dengar berita palsu, amin,” kata AR Badul ringkas.

Terdahulu, sebuah akaun facebook menyebarkan berita kematian pelawak tersebut yang terus menjadi tular di group WhatsApp dan media sosial.

Pada ahad lalu, A.R Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN selepas mengadu sakit dada.

Namun, keadaannya dikatakan semakin pulih dan akan kembali dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Mac depan untuk rawatan susulan.

Sementara itu, ahli keluarga kepada AR Badul turut kesal dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu berkenaan. Bukan sahaja tidak mendapatkan pengesahan, malah golongan ini hanya mahu meraih ‘like’ dan share yang banyak.

Sumber : Dadidu AR Badul

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.