Siakap Keli

Takut Sangat Nak Resign Kerja Yang Korang Benci Tu? Nah, Hadam Apa Yang Dia Cakap

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Tak dapat dinafikan lagi ramai golongan muda sekarang tak suka dengan kerja mereka, salah satu alasan paling kukuh adalah tidak sejajar dengan haluan yang ingin dituju, belajar bidang lain, kerjaya bula bidang yang berlainan, ada juga yang meleset dengan minatnya. Mudah sahaja, kalau tak suka, Maukerja sarankan berhenti!

Kalau lama-lama kerja macam ni bahaya, sebab takut prestasi merundum. Tapi, bila mengenangkan dari sudut sara hidup, lagi bahaya dan rasa takut menghantui diri ini. Dengan berat hati, kurunglah diri di dalam ‘penjara’ yang korang bina sendiri.

Tapi, menurut penyampai radio dan hos tv Xandria Ooi ini, kenapa perlu rasa takut? Bahaya ke kalau berhenti kerja? Dengar dan hadamkan sedalam-dalamnya apa yang Xandria Ooi katakan ini, ia dapat membantu mengubah pendirian korang ke arah lebih positif!

Xandria Ooi

“Kekal Kerja Yang Bergaji Tinggi Sangat Bahaya Tapi Tak Menakutkan”

Kita benci dengan kerja kita tapi ia ama berisiko tinggi kalau ditinggalkan

Risiko, kita semua mempunyai tahap yang berbeza dalam penghindaran risiko, tapi secara umumnya kebanyakan antara kita tidak berusaha keras untuk meneroka keluar ke ‘destinasi’ yang tidak diketahui kerana ia berisiko tinggi.

Sebab itulah mengapa ramai di antara kita yang tidak suka kerjanya, kita mengeluh mengenainya dan kita tahu ia adalah penjara yang dibina diri kita sendiri. Lalu kita pun kekal disitu kerana takutkan risiko tersebut.

Pengasas bir di U.S Jom Koch, pernah mempunyai pekerjaan yang begitu bagus di Boston Consulting Group, namun  dia meninggalkan kerjaya tersebut dan bermula dari bawah untuk mendirikan perniagaan yang dianggap berisiko tinggi oleh ayahnya.

Jim Koch

Tapi bagi Jim, menerusi temuramah di podcast “How I Built This'”, mengatakan jika  kekal dengan kerja sekarang berisiko tinggi dan tidak akan mendatangkan apa-apa risko jika kita meninggalkannya. Baginya, ada satu perbezaan antara konteks istilah ‘menakutkan’ dan ‘berbahaya’

Menakutkan VS Berbahaya

Katanya ” ada beberapa perkara dalam hidup kita yang menakutkan tapi tidak membahayakan dan ada juga yang merbahayakan tapi ltak menakutkan langsung.

Dia beri gambaran analogi pendakian, menangkis tebing adalah satu perkara yang benar-benar menakutkan, tapi ia disokong oleh tali belayi yang mampu menampung kereta untuk berjalan dari tebing ke belakang, ia menakutkan tetapi tidak berbahaya.

Tambahnya lagi, berjalan di tahap 35 darjah sudut salji pada lewat petang yang indah dibawah langit begitu cerah, langsing tidak menakutkan tetapi ia sangat berbahaya. Salji akan mencair dan akhirnya ia akan menjadi lapisan ais dimana ia akan melincirkan dan berlaku runtuhan salji. Itulah berbahaya tetapi tidak menakutkan.

“Walaupun sesuatu perkara itu menakutkan, lakukan sahaja kerana ia tidaklah begitu bahaya,”

Jadi dalam situasi Jim Koch ini, kekal bekerja yang bergaji tinggi sangat berbahaya tapi tak menakutkan langsung. Bahayanya adalah, risiko jika dia terus melakukan sesuatu yang tidak memberi kebahagiaan.

Dan berpatah balik 65 tahun yang lalu, ingat semula dan kita pasti akan rasa “Aku dah bazirkan hidup aku”. Itu sangat bahaya, dari sudut kerja, kita akan sentiasa diberi pilihan.

Ia bergantung kepada kita untuk mengenalpasti nilai dalam hidup kita. Kebahagiaan, duit ataupun darjat? Jadi, kita tahu apa itu risiko. Walaupun sesuatu perkara itu menakutkan, lakukan sahaja kerana ia tidaklah begitu bahaya.

 

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.