Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan - Google

Kagum, Walau Sudah Meninggal Dunia, Pendapatannya Kini Masih Diagihkan Kepada Fakir Miskin Dan Anak Yatim Di Arab Saudi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sungguh kagum apabila mendengar kisah ini. Siapa sangka, hanya dengan sebuah telaga, harta yang ada kemudiannya beranak-pinak selama beribu tahun. Menjadi pahala yang tidak putus-putus, mengalir deras ke akhirat walau kita sudah terputus hubungan dengan dunia ini.

Mungkin ada yang masih belum mengetahui siapakah dia yang dimaksudkan. Itulah Uthman bin Affan bin Abu Al-‘As bin Umayyah bin Abdul Syams bin Abdul Manaf r.a. Salah seorang daripada sepuluh orang sahabat Nabi yang dijamin syurga oleh Allah SWT.

Beliau merupakan khalifah Islam ketiga daripada Khulafa Al-Rasyidin pada tahun 644 hingga 655 Masihi, selama 12 tahun. Kekayaannya melimpah-ruah, namun sedikit pun tidak melekakannya dalam perjuangan agama.

Bagaimana dengan membeli sebuah telaga 1400 tahun lalu dan mewakafkannya, kini hasilnya digunakan bagi membantu fakir miskin dan anak yatim? Ikuti perkongsian seperti di bawah oleh Zine Islamik. Semoga bermanfaat buat semua.

Tahukah anda, Saidina Uthman bin Affan masih memiliki sebuah akaun di Saudi Bank dan sebuah hotel mewah di Madinah sehingga ke hari ini?

Bahkan bil elektrik dan bil air juga, penamanya adalah Saidina Uthman sahabat Baginda Rasulullah SAW yang mulia. 

1400 tahun yang lalu, beliau membeli sebuah telaga dan mewakafkannya kepada para Muslimin. Dari telaga itu, telah tumbuhnya pokok-pokok kurma yang menghasilkan income. Separuh daripada income itu dimasukkan ke dalam akaun bank beliau, dan separuh lagi disedekahkan kepada orang miskin dan anak-anak yatim. 

Ladang kurma menjadi sangat subur, dan memberi pulangan yang sangat lumayan, kerajaan Arab Saudi telah membina sebuah hotel mewah di bandar Madinah Munawwarah. 

Ada yang berpendapat, hasil pendapatan dari itu pada setiap tahun adalah kira-kira 50 juta riyal (SAR)! Separuh dari total pendapatan itu masih diagihkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim, manakala separuh lagi dimasukkan ke dalam akaun beliau di bawah seliaan Kementerian Wakaf Arab Saudi.

Inilah yang dikatakan sedekah jariah yang tak akan putus. 3 amalan yang Nabi Muhammad SAW jamin tak akan putus, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh. 

Siapa sangka, hanya dengan sebuah telaga, harta beranak-pinak selama beribu tahun tanpa putus. Pahala mengalir deras ke dalam. Mana tahu, dengan kita sebarkan manfaat dan kebaikan pada hari ini, pahala mengalir tanpa putus hingga ke syurga.

SHARE untuk sebarkan ilmu ini. LIKE page Zine Islamik untuk ilmu dan perkongsian baru!

Gambar : Zine Islamik

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.