Siakap Keli
Gambar: GetRidofThings.com

Tips Cara Mudah Bagaimana Nak Ajar Kucing Anda Buang Najis Di Tandas

Mungkin ramai diantara kita baru mula membela kucing atau berminat untuk membela kucing namun dilema akan kucing kesayangan berak/kencing di merata-rata di dalam rumah pasti bermain di fikiran.

Untuk permulaan, mungkin agak sukar untuk melatih kucing kesayangan membuang di tempat yang disediakan, namun ianya perlu bagi memastikan persekitaran rumah kita tidak dicemari dengan bau-bauan serta najis yang tidak berada di tempat yang sepatutnya.

Antara tips-tips yang mungkin bermanfaat buat pencinta kucing adalah seperti berikut:

1. Bersihkan bekas-bekas najis kucing dan mop lantai sehingga bersih.

Gambar:  Nakita.ID – Grid.ID

Bersihkan bekas-bekas najis kucing anda dan mop lantai bagi menghilangkan segala bau najis. Ini bagi mengelakkan kucing anda daripada terbiasa membuang di kawasan yang ia sudah selesa untuk membuang.

 2. Kurung kucing anda di dalam tandas

Gambar: We Heart It

Kurung kucing anda 3 malam berturut-turut di dalam tandas bermula dari pukul 12.00 tengah malam sehingga lepas subuh atau pukul 8 pagi. Pastikan anda tinggalkan bekas berisi makanan sekali supaya kucing anda tidak kelaparan. Ini juga adalah bagi memastikan kucing anda terbiasa dengan persekitaran untuknya membuang. Bagi yang membela dengan cara melepaskan kucing kesayangan di dalam rumah, selepas anda menggunakan teknik tersebut, ada kemungkinan kucing kesayangan anda akan membuang di tempat yang sama yang telah anda sediakan.

3. Atur masa kucing anda menggunakan tandas.

Gambar: Outlinist

Pada yang hanya letak kucing dalam sangkar, boleh aturkan kucing anda mengikut masa. Antara waktu untuk aturkan kucing anda ke tandas adalah seperti berikut; Pagi: 6.00 – 8.00 pagi, Tengahari: 12.00 tgh – 1.30 ptg, Malam: 7.00 – 8.30 malam, Lewat malam: 12.00 – 1.00 pagi. Namun, tak semestinya perlu ikut waktu tersebut kerana tak semestinya kucing itu akan membuang setiap kali apabila dikurung.

4. Cuka

Gambar: Satu Jam

Gunakan cuka bagi menghalang kucing anda kencing ditempat yang sama kerana kucing cenderung untuk kencing ditempat yang sama dan ini akan menyebabkan kucing anda tiada pilihan lain selain hanya boleh membuang ditandas. Bersihkan tempat yang telah dicemari dengan menggunakan kain bersih sehingga kering, kemudian bilas dengan sedikit air dan cuka bagi menghilangkan bau dari air kencing kucing anda.

5. Ajar kucing anda cara menggunakan bekas pasir

Gambar: Bright Startitle Loans

Sediakan kawasan atau bekas berpasir untuk kucing dan ajar mereka cara menggunakannya. Sebaik-baiknya letakkan didalam tandas supaya kucing anda senang menyesuaikan diri ketika berada didalam tandas.

6. Serai

Gambar: riau-hijau.com

Serai juga boleh digunakan bagi menghalang kucing anda kencing ditempat yang tidak sepatutnya. Anda boleh mendapatkan pelbagai produk berasaskan serai yang banyak berada di pasaran dan semburkan dikawasan dimana kucing anda sering kencing jika ia masih berdegil.

Aqmal Ezany

I write what is right