Siakap Keli

Air Kelapa Memang Berkhasiat Tapi Bolehke Minum Ia Dengan Ubat-Ubatan? Ini Penjelasan Dari Doktor Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hari ini ramai antara kita yang gemar mencuba teknik dan cara rawatan alternatif. Tak kurang juga, ada yang mencuba-cuba rawatan turun temurun. Paling penting, semua itu perlu kepada nasihat, pemantauan dan pemeriksaan bersama doktor perlu dilakukan.

Cuaca panas-panas sekarang ini, dah tentu tekak cepat sangat terasa kering, kan? Ada antara kalian yang gemar dan suka mengambil air kelapa untuk membasahkan tekak?

Air kelapa sememangnya mengadungi khasiat selain rasanya yang semula jadi sedap tanpa perlu campur sebarang perasa pun. Tapi pernah kah anda mendengar desas desu kalau air kelapa ini tidak boleh diminum bersama ubat-ubatan kerana akan mengurangkan keberkesanan ubat tersebut.

Sejauh manakah kebenarannya itu?

Melalui perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih ini, mari kita belajar tentang khasiat air kelapa dan kaitannya dengan ubat-ubatan.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Image result for coconut water

Banyak kajian mendapati bahawa cytokinins membantu untuk mengawal selia pertumbuhan sel-sel. Air Kelapa mengandungi cytokinins dan asid laurik yang boleh meminimumkan penuaan sel-sel kulit, mengimbangi tahap PH, dan memastikan ‘connective tissue’ tisu-tisu penyambung kuat dan terhidrat.

Banyaknya vitamin, mineral, dan nutrien lain, menyebabkan air kelapa ini mampu menjadi sumber tenaga yang baik. Air kelapa juga mempunyai kandungan gula dan natrium yang kurang berbanding dengan kebanyakan minuman sukan, sambil mempunyai lebih banyak Potassium, Calcium, dan Chloride, yang menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk memulihkan, menambah dan meningkatkan tahap tenaga tubuh selepas aktiviti atau senaman yang berat.

Sebagai contoh, dalam setiap 100ml air kelapa, terdapat kira-kira 294mg kalium berbanding dengan 117mg dalam purata mana-mana minuman tenaga, 25mg natrium berbanding 200mg dalam minuman tenaga dan 41mg dalam kebanyakan minuman sukan, 5mg gula berbanding 20-25mg, dan 118mg klorida berbanding dengan purata minuman tenaga dan minuman sukan sebanyak 39mg.

Ia juga kaya dengan potassium dan mineral lain. Justeru, air kelapa dapat membantu mengawal cecair dalaman kita dan memulihkan semula badan. Ia telah digunakan untuk merawat dehidrasi yang disebabkan oleh cirit-birit, dan keseimbangan elektrolit.

Image result for medicine

Minum Air Kelapa Dan Ubat-ubatan?

Ramai yang bertanya, betul ke minum air kelapa bersama-sama ubat-ubatan akan mengurangkan keberkesanan sesuatu ubat? Anda mesti ada yang tertanya-tanya persoalan ini?

Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Penggunaan bersama-sama air kelapa dengan ubat anti-herpentensi mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.

Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam potasium yang agak ketara maka ia boleh menerukkan lagi keadaan hiperkalemia seseorang individu. Jika diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatkan risiko hyperkalemia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.

Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang biasa adalah selamat. Anda tidak perlu bimbang terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa. Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Panas cuaca ini, jom cari air kelapa!

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di