Siakap Keli

Ngeri, 2 Bulan Batuk Berdarah Rupanya Lintah Gergasi Huni Tekak

Selepas menderita batuk berdarah dan tekak gatal selama dua bulan, kemusykilan seorang lelaki berusia 60 tahun mengenai penyakitnya itu terungkai apabila ianya disebabkan oleh seekor lintah gergasi yang menghuni tekaknya.

Pesakit berkenaan, yang hanya dikenali dengan nama Li, sebelum itu telah cuba mencari rawatan bagi merawat masalah kesihatannya, tetapi setiap kali itulah pegawai perubatan tidak dapat mengesan puncanya.

Bagaimanapun, selepas doktor menjalankan endoskopi terhadap Li, mereka terkejut apabila mendapati seekor lintah berukuran 4 inci berada di dalam tekaknya.

Doktor Zhang Dadong, pakar di Hospital Perubatan Tradisional Cina Daerah Xingwen, menemui lintah tersebut yang sedang membesar, hidup di dinding tekak lelaki berkenaan.

Namun, proses mengeluarkan lintah itu agak sukar, menyebabkan Dr. Dadong terpaksa meminta pertolongan daripada rakan sekerjanya. Hasil menggunakan sedatif aerosol, mereka akhirnya berjaya membuatkan lintas itu supaya tidak bergerak. Kemudian, mereka menyepit lintah itu keluar dari tekak lelaki tersebut.

Difahamkan, Li tinggal di kawasan pendalaman dan dipercayai terminum air mentah yang mengandungi telur lintah. Lintah itu kemudiannya membesar dengan menghisap darah mangsa.

Menurut Dr. Dadong, penduduk di kawasan pendalaman seharusnya memastikan air yang diminum dimasak terlebih dahulu untuk menjaga keselamatan mereka.

Sumber : Nextshark

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.