Siakap Keli

Hidap Penyakit Aneh, Tangan Kanak-Kanak Ini Membesar Persis Watak Animasi Popular Popeye

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun terpaksa meneruskan hidup dalam penderitaan akibat penyakit aneh yang menyebabkan tangannya membengkak, persis seperti watak utama dalam animasi Popeye.

Cora Ruben yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat lahir dengan lymphoedema, satu kecelaruan genetik yang boleh menyebabkan bahagian tertentu badannya mengembang pada saiz luar biasa.

Ketika ini, Cora mengalami bengkak pada bahagian badan, perut, kaki dan paling ketara pada bahagian kedua-dua belah tangannya.

Menurut pakar, keadaan yang berpunca daripada pembentukkan cecair limfa ini berisiko untuk bertambah teruk seiring dengan perkembangan usianya.

Namun, setelah beberapa kali menjalani rawatan dengan keputusan yang tidak memberansangkan, ibu-bapa Cora akhirnya menemui kaedah rawatan yang boleh menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak mereka.

”Tangannya yang besar adalah perkara pertama yang menarik perhatian orang ramai,” kata ayahnya, Brett yang memberitahu rawatan tersebut dikenali sebagai liposuction.

”Tetapi apa yang orang ramai tidak tahu, bengkak itu terjadi hampir di seluruh badannya. Bahagian abdomen, perut, kaki dan genital. Semuanya membengkak.

”Apabila Cora semakin membesar, keadaannya mungkin bertambah teruk,” katanya lagi.

Ketika hamil, Kasey (ibu Cora) berkata semuanya adalah normal, namun masalah tersebut pantas disedari oleh doktor sebaik sahaja Cora lahir ke dunia.

Pada awalnya, mereka menyangka ia mungkin adalah kesan sampingan ketika proses kelahiran dan bahagian badan Cora yang membengkak dijangka akan surut kembali dalam tempoh beberapa minggu kemudian.

”Bagaiamnapun, ketika Cora dibawa bertemu pediatrik, kami diberitahu bahawa keadaan itu mungkin berpunca daripada masalah lymphoedema,” kata Brett lagi.

Bebagai rawatan yang dicuba namun gagal, hampir sahaja membuatkan pasangan ibu bapa ini berputus-asa dengan nasib anak mereka sendiri. Bagaimanapun, mereka kemudian bertemu dengan kaedah rawatan liposuction yang ditawarkan oleh Földi Clinic di Hinterzarten, Jerman.

Namun begitu, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Profesor Etelka Földi, salah seorang pakar di pusat rawatan tersebut, hanya kira-kira 20 peratus sahaja cecair limfa yang menyebabkan tangan Cora membengkak, selebihnya adalah tisu lemak.

”Beliau berkata, 80 peratus adalah tisu lemak, selebihnya adalah cecair limfa. Disebabkan itu pelbagai rawatan sebelum ini tidak berkesan kerana lemak-lemak itu yang menjadi puca sebenar,” kata Kasey.

Kajian setakat ini masih tidak mengetahui punca sebenar pembentukkan tisu lemak sehingga membengkak dan ia bukan berpunca daripada masalah lymphoedema.

Bagi membuang tisu-tisu lemak tersebut, Cora akan menjalani rawatan limposuction terlebih dahulu sebelum rawatan-rawatan lain mengambil tempat untuk mengurangkan bengkak tersebut.

Selepas menjalani rawatan berkenaan, menurut Kasey keadaan Cora bertambah baik dan berupaya untuk menggengam barang seperti alat maianan, sesuatu yang tidak boleh dilakukannya sebelum ini.

Sumber: The Sun

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.