Siakap Keli

Betul Ke Andaian Nak Anak Pandai, Kena Cari Ibu Pandai?

Selalu kita dengar orang cakap “Eh, kalau nak anak pandai, kenalah cari isteri yang bijak supaya anak itu nanti ikut ibu dia”.

Betul ke?

Terlalu banyak persepsi dan tanggapan berkaitan perkara ini, ada kajian mendakwa bahawa semua orang yang memiliki kepandaian, kepintaran dan kecerdasan otak patut berterima kasih pada ibu mereka.

Kajian juga menyatakan bahawa anak-anak sememangnya mewarisinya dari ibu kerana gen kepintaran berasal dari kromosom X. Kromosom X ini hanya dijumpai dalam tubuh seorang wanita, manakala kromosom Y mempunyai unsur kelakian.

Kromosom (Gambar : The Conversation)

Para pengkaji menerangkan bahawa sel milik si ayah (lelaki) tidak terdapat dalam cerebral cortex. Cerebral cortex ini adalah bahagian otak yang menjana fungsi kebijaksaan, penyelesaian masalah, kemahiran berbahasa dan perancangan.

Cerebral Contex (Gambar : The Brain Make Simple)

Walaubagaimana pun, kita harus sedar yang kebijaksaan ini bukan sepenuhnya daripada gen. Kebijaksaan ini turut dipengaruhi oleh persekitaran, ransangan dan keperibadian personaliti.

Penyelasaian masalah melibatkan semua bahagian otak dan disinilah gen si bapa memainkan peranan. Selain itu, kebijaksaan juga memerlukan latihan yang berterusan,

Sebenarnya, bapa juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan anak-anak. Ingatlah bahawa kebijaksaan bukan dari faktor gen semata-mata, ia turut dipengaruhi oleh usaha.

Semua orang boleh dapat apa yang dia mahu, cuma ia perlukan masa dan usaha.

Sumber

  1. Luby, JL et. Al. (2012) Maternal support in early childhood predicts larger hippocampal volumes at school age. Journal of Proceedings of the National Academy of Sciences ; 109 (8): 2854-2859.
  2. Der, G. et. Al. (2006) Effect of breast feeding on intelligence in children: prospective study, sibling pairs analysis, and meta-analysis. BMJ ; 333 (7575): 945.

 

 

 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.