Siakap Keli
gabrielpruaini.blogspot.com

Gaji Ciput Macam Mana Nak Beli Rumah? Ini 9 Tips Mudah Yang Boleh Anda Ikuti

Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap orang, terutamanya buat mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Begitupun, mengambil kira pasaran hartanah dan dibandingkan dengan gaji yang diperoleh seutiap bulan, impian tersebut bagaikan sukar untuk direalisasikan.

Itu belum lagi mengambil kira dengan komitmen bulanan sedia ada. Bayar sewa rumah, kereta, bil itu dan ini, akhirnya gaji yang sedia ‘ciput’ semakin ‘menciput-ciput’ jadinya.

Lalu yang timbul dibenak pemikiran, ”bolehke orang gaji ciput macam aku ini beli rumah?” kan.

Sebenarnya ada caranya, apa yang perlu anda buat sudahpun disediakan oleh Tok Penghulu daripada Gila Hartanah ini.Ikuti sahaja tips yang dikongsikannya dibawah, moga-moga ada rezeki anda untuk memiliki sebuah rumah

“Gaji ciput, macam mana nak beli rumah?”

Ini adalah antara masalah yang membelenggu segenap masyarakat marhaen di negara kita. Gaji kecil, tak mampu nak beli rumah.

Tok nak share tips dan apa yang anda boleh buat kalau nak beli rumah dengan gaji yang kecil.

1 : Buat analisa kewangan diri sendiri

Analisa kewangan diri termasuklah pengiraan DSR, NDI, dan hutang dengan bank untuk tahu kelayakan harga rumah yg boleh dibeli dgn gaji korang.

Boleh pergi tanya kelayakan dengan bank berdekatan korang. Jangan lupa bawa slip gaji sekali.

2 : Buktikan pada bank yang anda mampu

Korang kena buktikan kepada pihak bank yang korang mampu bayar ansuran bulanan.

Macam mana nak buktikan?

Kena ada hitam putih la. Korang cakap korang ada simpanan RM20,000 pun, bank tak percaya kalau cakap kosong.

Jadi, kepilkan segala sokongan pendapatan korang tu seperti simpanan di Tabung Haji ataupun ASB.

3 : Jaga DSR elok-elok

Nisbah Hutang Kepada Pendapatan (DSR). Yang ni, penting untuk korang jaga.

Korang kena pastikan bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000. Kalau korang dah ada hutang kereta, hutang peribadi, korang kena tambahkan pendapatan dulu.

4 : Settle-kan PTPTN

Baiki CCRIS. Jika CCRIS PTPTN korang barai, baiki dulu. Bawa bincang dengan pegawai PTPTN tu. Bayar tunggakan guna KWSP.

Ingat kalau hutang PTPTN pun korang tak mampu bayar, macam mana bank boleh yakin korang mampu bayar ansuran bulanan rumah nanti?

5- “Ada ke rumah monthly kurang RM1,000 sebulan?”

Cari hartanah yang ansuran bulanannya tak melebihi RM1,000 sebulan. Gunakan formula kiraan kasar ni :

“Ansuran bulanan X 200 = Anggaran Harga Rumah”

Ini contoh cara kiraan :

RM1,000 X 200 = RM200,000

Jadi, kalau korang mampu simpan RM1,000 sebulan, baru la korang boleh beli rumah berharga RM200,000.

6 : Cara bayar ansuran bulanan rumah tanpa guna duit sendiri

Carilah hartanah yang dapat memberi aliran tunai positif. Yang mampu cover ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada bank.

Korang kena kaji potensi rumah yang korang nak beli terlebih dahulu.

7 : Kaji permintaan sewaan

Carilah lokasi yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti kawasan yang mempunyai kawasan IPTA/IPTS, pusat membeli belah, kawasan kilang, kawasan hospital, pengangkutan awam dan sebagainya.

8 : Perjanjian sewa – ‘Alat’ mudahkan bank lulus loan rumah?

Sediakan perjanjian sewaan yang lengkap dan dimatikan setem di LHDN. Sewakan setiap bilik lagi untung. Sediakan perabot asas seperti mesin basuh, dapur, peti sejuk, katil dan sebagainya.

Biarkan ada transaksi duit masuk dalam bank korang setiap bulan selama 6 bulan sebelum memburu rumah ke-2 dan seterusnya.

Kebanyakan bank akan anggap perjanjian sewaan tu sebagai pendapatan. Ada bank kira 80%. Ada bank kira 70%.

9 : Apa pun, diri sendiri dulu

Asasnya, carilah ilmu. Orang nak suruh korang pergi seminar atau beli buku, korang malas nak layan. Sampai bila korang nak duduk takuk yang sama?

Jangan ikut orang. Ikut kemampuan kewangan dan minat korang.

Tak semua orang minat melabur dalam hartanah ni. Korang boleh melabur di ASB, Tabung Haji, AHB, ataupun unit amanah (unit trust) yang diyakini. Kalau simpanan biasa, lambat duit korang nak membiak.

Semua ini perlu ilmu, strategi, dan pengorbanan
Dah faham serba sedikit?

Sebab tu ada orang yang bergaji bawah RM3,000 boleh beli banyak rumah guna perjanjian sewaan ini. Korang kena ada banyak ilmu, pengorbanan dan strategi.

Rumah tepi KLCC, rumah 2 tingkat, rumah baru siap, rumah ada kolam renang memang mahal harganya der. Cuba beli rumah subsale dan lelong.

Jangan terus berangan-angan. Bangun lah daripada mimpi yang panjang. Beli rumah yang korang mampu, bukan rumah yang korang mahu.

Ayuh kita berusaha, bukan menyalahkan orang lain. Tak perlu berhutang sana sini semata-mata untuk kelihatan kaya. Kah!

Sumber: Gila Hartanah, Tok Penghulu

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.