Siakap Keli

Hasilkan Rawatan Unik Untuk Diabetis, Pakar Malaysia Dapat Pengiktirafan Dunia Sempena Hari Wanita

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) beberapa hari yang lalu telah menghantar satu ‘tweet’ menegenai seorang wanita yang berasal daripada Malaysia bersempena sambutan Hari Wanita peringkat Antarabangsa.

”Bersempena sambutan Hari Wanita peringkat Antarabangsa, WHO ingin meraikan seorang tokoh perubatan dan juga pencipta daripada Malaysia, Dr Nazni Wasi Ahmad.

”Beliau merupakan penerima Anugerah Yayasan Dr Lee Jong-wook 2018 diatas sumbangannya melalui kajian terhadap rawatan luka kecing manis dan pencegahan anggota badan daripada dipotong,” kata tweet tersebut.

Ramai yang tak tahu mengenai tokoh hebat ini kan.

Dr. Nazni Wasi Ahmad merupakan seorang pakar di Institut Kajian Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang menerima anugerah berprestij berkenaan tahun lepas diatas sumbangannya dalam dunia perubatan yang memberi manfaat kepada seluruh dunia.

Bersama-sama dengan pasukannya, Dr. Nazni berjaya menghasilkan kaedah rawatan yang inovatif dan berkesan yang mampu merawat luka kencing manis pada bahagian kaki pesakit.

Kaedah yang diguna pakai adalah melalui penggunaan ulat hidup yang disteril sebelum diletakkan pada bahagian luka pesakit. Ia kemudian mengurangkan jangkitan bakteria pada luka dan merangsang proses penyembuhan pada kawasan luka.

Melalui rawatan ini, pesakit-pesakit kencing ini mempunyai pilihan untuk tidak memotong kaki sekaligus dapat mengelakkan trauma ketika berhadapan dengan masyarakat.

”Saya amat berpuas hati apabila melihat penyelidikkan ini mampu membantu masyarakat sejagat,” kata Dr Nazni mengenai penyelidikan yang dibuatnya.

Terapi ulat steril itu kemudian disebarluaskan di seluruh negara mencakupi seluruh kawasan termasuk di beberapa buah kawasan pedalaman.

Berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti menyakinkan pesakit bahawa ulat juga boleh digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, namun akhirnya usaha yang dibuat oleh pasukan ini membuahkan hasil.

Ketika ini, Dr. Nazni bersama-sama pasukannya dalam kajian untuk mencari kaedah terbaik untuk mengekang penularan wabak-wabak seperti penyakit demam denggi dan chikugunya.

Sumber: World Health Organization

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.