Siakap Keli

(Gambar) Kutip Sampah Demi Cabaran Baru #TrashChallenge, Ini Baru Betul Boleh Jadi Ikutan Anak Muda

Tidak dinafikan, media sosial memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan ramai terutamanya anak muda. Seringkali menjadi ikutan, adalah cabaran pelik seperti ice bucket challenge, birdbox challenge dan bermacam lagi.

Walau bagaimanapun, media sosial sekali lagi menjadi medium cabaran terbaru yang sedang menjadi trending iaitu cabaran #TrashChallenge yang patut diikuti.

Apa yang perlu dilakukan, bersihkan kawasan yang tercemar dengan sampah sarap dan buat perbandingan gambar tersebut.

Cabaran ini mulai viral beberapa hari lalu di media sosial dengan hashtag #trashchallenge. Jom kita lihat gambar-gambar di bawah. Cabaran macam ni baru lah boleh turut serta!

Bersihkan kawasan hutan

Bersihkan kawasan sungai/tasik

Bersihkan kawasan bukit

 

Bersihkan kawasan jalan

Sumber : Instagram

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.