Siakap Keli

Ais Krim Perisa Vanilla Dengan Sos Tomato Diperkenal, Ada Netizen Kata Ia Kombinasi Tak Masuk Akal

Vanillaa, coklat, starwberry, pisang atau durian adalah antara variasi perisa yang biasa kita temui ketika membeli aiskrim. Rasa manis, pekat dan lemak dalam setiap batang aiskrim yang dibeli memang kena benar jika mengambil kira dengan cuaca semasa.

Tetapi, apa pendapat anda jika ada syarikat pembuat aiskrim menawarkan perisa terbaru, iaitu perisa tomato dalam pasaran?

Pelik dan aneh namun tidak pada jenama aiskrim antarabangsa, Watties ini apabila membuat pengumuman bahawa aiskrim jenama tomato bakal menjengah pasaran tidak lama lagi.

Dalam perkongsian yang dibuat di laman facebook mereka, Watties memaklumkan bahawa perisa berkenaan akal dijual dalam jumlah yang terhad hasil kerjasama bersama TipTop.

Bagi netizen, ada yang menganggap bahawa kombinasi antara aiskrim dengan tomato adalah pelik dan jijik serta menganggap ia sebagai April Fool’s menjelang 1 April depan.

Bagaimanapun dakwaan berkenaan dinafikan sendiri oleh jurucakap syarikat, Ben Cochrane.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan aiskrim vanilla dengan sos tomato itu diperolehi ketika dia menyertai satu pertandingan memasak.

Daripada idea berkenaan, dia kemudian menghubungi pemilik TipTop untuk bekerjasama menghasilkan sos tomato dalam bentuk aiskrim.

Agak-agak, bagaimana rasanya kombinasi antara aiskrim perisa vanilla dengan sos tomato.

Sumber: Stuff

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.