Siakap Keli

Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch, Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa

Beberapa orang terbunuh dalam satu tembakan besar di dua buah masjid di bandar Christchurch, New Zealand.

Gambar : CNN

Menurut laporan daripada Radio New Zealand, terdapat dua insiden penembakan setakat ini. Ia berlaku di Masjid Al Noor di sebelah Hagley Park, dan satu lagi di Masjid Linwood di pinggir bandar Linwood.

Seorang saksi di dalam Masjid Al Noor memberitahu bahawa dia ternampak darah di merata tempat (di sekitar kawasan itu) dan melihat sekurang-kurangnya empat orang terbaring di atas tanah.

Masjid Al-Noor, New Zeland (Gambar : Themigranitimes)

Hari ini adalah hari suci di mana semua umat Islam akan menyempurnakan solat jumaat namun lain pula yang terjadi di sini.

Pada waktu petang waktu tempatan, polis New Zealand melaporkan bahawa mereka menerima laporan tentang “Insiden Tembakan”  di bandaraya dan menasihatkan warga untuk tinggal di dalam rumah.

Gambar : Vox.com

“Hari Terburuk Di New Zealand”

Gambar : CNN International (Twitter)

Sementara itu, media CNN mengeluarkan kenyataan dari Perdana Menteri, Jacinda Arden tentang kejadian terbabit.

Jacinda mengatakan bahawa insiden berkenaan merupakan satu kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia merupakan peristiwa yang terburuk pernah terjadi.

 Seorang Rakyat Malaysia Tercedera Dalam Insiden Terbabit

Menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di laman sosial Twitter mereka, mangsa kejadian kini menerima rawatan di hospital.

Twitter : HCMalaysiaWellington

“Seperti yang dilaporkan, terdapat kejadian tembakan di masjid Christchurch pada 1.40 petang hari ini. Suruhanjaya Tinggi bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran lanjut tentang mangsa.

“Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan kini menerima rawatan di hospital.”

Twitter : HCMalaysiaWellington

Suruhanjaya Tinggi juga menasihatkan warga Malaysia yang menetap di New Zealand, terutamanya di kawasan yang terjejas, untuk tinggal di dalam rumah dan mematuhi arahan dari pihak berkuasa.

“Orang Malaysia yang tinggal di New Zealand khususnya di Christchurch, sila ambil tahu tentang keluarga dan rakan anda jika ada yang cedera atau terkena tembakan yang terjadi di kawasan masjid”

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=KW5ldz52pwQ]

Sumber : Vox.com , CNN , HCMalaysiaWellington, Fox.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.