Nak makan mana? Soalan yang simple tapi untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut amat sukar bukan? Rakyat Malaysia pada masa kini sering menghadapi “paradox of choices” dimana ianya merupakan satu keadaan apabila seseorang individu tidak dapat membuat sebarang keputusan disebabkan oleh terlalu banyak pilihan yang ditawarkan kepadanya. Dalam bidang psikologi situasi ini diistilahkan sebagai “Paradox Of Choices”. Dimana individu perlu memilih pilihan yang terlalu banyak sehingga akhirnya beliau langsung tidak dapat membuat keputusan.

Dalam kehidupan moden hari ini, kita cenderung untuk berfikir bahawa lebih banyak pilihan adalah lebih bagus tetapi masalah ini mungkin membawa kepada pilihan yang berlebihan. Hasilnya, melumpuhkan seseorang individu membuat keputusan dengan memilih keputusan yang tidak memberikan kepuasan kepada diri bahkan lagi parah apabila individu tersebut tidak membuat apa-apa sebarang keputusan.
Ahli psikologi ini mungkin dapat terangkan kenapa sukar untuk anda buat keputusan terhadap sesuatu perkara termasuklah bagi persoalan “Nak makan mana?”.
Mungkin ada yang rasa soalan SPM itu susah. Atau soalan final exam waktu kat universiti.
Tapi sebenarnya soalan paling susah untuk rakyat Malaysia ialah,
“Nak makan mana?”
Memang susah sungguh nak jawapan soalan ni setiap kali keluar dengan kawan 😂
Baca thread terbaru ini.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Dalam Psikologi, ada satu istilah nama “The Paradox of Choice.”
Pilihan yang terlalu banyak menyebabkan kita susah nak pilih.
Ironi, sebab kita fikir logik, lagi banyak pilihan lagi seronok la nak pilih.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Dulu-dulu nak tengok TV, tak sampai 10 channel pun yang ada. TV1, TV2, TV3, 8TV, Channel 9.
Hidup rasa ringkas.
Sekarang, HyppTv, iFlix, Astro semua tu dah beratus channel. Sampaikan akhirnya kita tengok channel yang lebih kurang sama je.
Sebab Paradox of Choice ini lah.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
3 konsep mudah tentang “Paradox of Choices”
- Kelumpuhan minda (mind paralysis)
- Pilihan yang banyak membawa kepada keputusan yang lemah
- Pilihan yang banyak membawa kepada ketidakpuashatian minda
Barry Schwartz explain Paradox of Choice (PoC) dengan tiga konsep mudah.
1. Kelumpuhan minda (mind paralysis) bila saat nak buat pilihan.
Satu eksperimen buat kat shopping mall, ada satu booth jual 24 jenis jelly.
Pelanggan bebas untuk test makan dan pilih mana nak.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Esoknya, tuan booth tu jual dengan konsep yang sama, cuma kali ini, 6 perisa je yang dijual.
Nak tahu apa jadi?
Jualan naik mendadak untuk hari tu. 10 kali ganda daripada semalam!
Pelik kan? Kat sini berlakunya inner mind paralysis.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Sebab pilihan terlalu banyak (24 perisa), pelanggan tak dapat pilih mana yang terbaik dan akhirnya, decide untuk tak beli.
Bila ada 6 perisa, mereka lagi senang nak pilih dan ramai decide untuk beli.
Benda sama berlaku bila guna air gas, sabun, yogurt etc produk supermarket tu.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Bila ditanya nak makan mana, minda kita terbayang macam-macam jenis kedai kat luar sana, sampai berlakunya inner mind paralysis ni 😅
Tak dapat pilih, dan akhirnya pergi kedai yang sama je selama ni selalu pergi hahaha.
Atau driver buat keputusan sendiri.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Lagi sakit bila ditanya, semua jawab “mana-mana je” atau “aku tak kisah.”
Sekali dah sampai kedai mamak,
“Wei aku tak nak roti canai la.”
Orang macam ini kita patut tinggal je dia lain kali jangan naik kereta sekali 😅
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
2. Pilihan yang terlebih banyak akan buat keputusan kita jadi lemah.
Analogi:
Kalau tanya kita, apa ciri-ciri pasangan kita nak?Ramai akan bagi macam-macam kriteria.
Tinggi, putih, rendah, comel, hormat orang tua, hargai masa bersama, badan sado dan macam-macam lagi lah.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Tapi bila kita dah terjumpa seseorang yang kita suka, walaupun dia cuma ada 3 daripada 10 kriteria yang kita cari, last-last kita nak juga dia.
Sebab kita akan back to 2-3 most basic and dominant kriteria yang kita nak.
Lain-lain kriteria tu “dimaafkan.”
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Bila orang tanya nak makan mana. Kita akan ada beberapa kriteria yang kita suka,
Sedap, waiter mesra, cepat siap, murah, tempat selesa etc.
Tapi, kita sebenarnya nak a very specific criteria dan akhirnya kita pergi kedai yang dah biasa pergi (yang fullfill apa kita cari)
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Punyalah terbayang macam-macam kedai, setiap sorang suggest 4-5 kedai, last-last pergi kedai sama 😂
Nak dapat persetujuan dan persamaan preference pun ambil masa.
Time ni penting kena ada seorang diktator, terus je pergi, tak payah fikir panjang 😆
Pedulikan suara geng lain.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Terakhir, Barry Schwartz beri sebab ke-3 kenapa berlaku Paradox of Choice,
“Pilihan terlebih banyak akan timbulkan rasa tak puas hati dalam diri kalau salah pilih.”
Akan sentiasa rasa rugi tak ambil yang ini kalau dah ambil yang itu.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
”Okay kita pergi kedai A ni. Tapi nanti rugilah kedai B tu ada nasi lemak potato manja yang sedap.”
“Kita makan sini lah. Tapi kedai kita lalu tadi waiter dia ramah.”
“Jom makan sini, murah. Eh tapi kedai tadi lagi murah kalau ambil menu 4 orang.”
😅 Jenuh jadinya.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Memang takkan jumpa kedai yang perfect kena dengan preference kita, sebab bukan makan kat syurga.
Sebab itu kalau dah jumpa (almost perfect) biasanya kita jadi regular customer kedai tu. Betul tak?
Siap promote lagi kat orang lain walaupun tak dapat komisyen 😂
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Apa solusi kepada misi-mustahil-menjawab-soalan-nak-makan-mana ini?
1. Senaraikan kriteria yang kita nak. Murah? Sedap? Mudah parking? Etc.
Jangan banyak/spesifik sangat. Cukup 3 je maksimum.
2. List down kedai mana yang menepati ciri-ciri tu. Maksimum 3 kedai je.
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Kenapa 3 je? Supaya tak jadi terlalu banyak pilihan.
Masih ingat eksperimen supermarket jual 24 perisa jelly tu? 😉
3. Faham yang kita takkan sesekali dapat pilihan terbaik. Mesti akan ada benda tak cukup.
Apa kita boleh buat, bersyukur dan terima seadanya.#donetazkirah 😂
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Soalan “nak makan mana” biasanya susah nak jawab sesama orang Malaysia je, sebab kita terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan.
“Syurga makanan”, bak kata Mat Saleh. Tu yang susah nak pilih nikmat mana yang nak ditelan tu 😂
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
In the end, kita mula faham dengan konsep “less is more.”
Kan?
Life was so much simpler and cleaner in the past when we declutter our life from the overwhelming of choices. Nowadays, terlalu banyak informasi. Penat otak
Okay lah, habis dah thread kali ini. Thanks baca!
Sekain
— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologis) March 27, 2018
Sumber: @AimanPsikologis