Siakap Keli
Gambar: Acer Services

8 Kesan Buruk Tidur Guna “Aircond” No 4 Ramai Tak Tahu

Cuaca panas yang berlaku di negara kita mungkin menjadi salah satu sebab anda menggunakan alat penghawa dingin untuk tidur lena terutamanya pada waktu malam. Namun tahukah anda, terdapat beberapa impak negatif yang boleh menjejaskan tahap kesihatan anda jika anda terlalu kerap tidur dengan menggunakan alat penghawa dingin?

Apabila sebut sahaja tentang alat penghawa dingin, sudah tentu ramai orang tahu tentang fungsinya untuk menyejukkan ruangan udara di sekitar kawasan yang membuatkan kita tidak kepanasan lagi. Penggunaanya di kamar tidur juga boleh menyebabkan seseorang individu tidur dengan selesa dan lena. Namun perlu diingat, disebalik keselesaan yang dinikmati terdapat juga kesan buruk lain yang boleh menjejaskan tahap kesihatan anda.

1. Perubahan Suhu Yang Drastik

Apabila seseorang individu keluar dari bilik yang sejuk disebabkan penggunaan alat penghawa dingin dan beralih ke ruangan yang lebih panas perkara ini akan menyebabkan tubuh mengalami kejutan terhadap perubahan suhu tersebut. Hal ini demikian kerana, tubuh badan kita tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suhu yang berlaku dengan begitu pantas. Kesannya, penyakit seperti kelelahan dan kekeringan pada kulit mudah terjadi.

2. Dehidrasi Melampau

Penggunaan alat penghawa dingin akan bukan sahaja menyerap kelembapan yang berada di kawasan sekitarnya, tetapi juga menyerap kadar air dalam tubuh badan anda. Oleh itu, tidak hairanlah jika anda kerap kali terbangun pada waktu malam hanya untuk meminum segelas air untuk menghilangkan dahaga pada tekak anda. Bukan itu sahaja, ia juga mungkin akan menyebabkan kulit anda berasa kering di waktu pagi.

3. Suhu Yang Terlalu Rendah

Gambar: Impiana

Jika anda terlalu kerap berada di dalam bilik yang mempunyai suhu yang tidak optima pada satujangka masa yang panjang dan berterusan, tubuh badan anda akan mudah mengalami sakit di bahagian sendi dan otot. Anda juga mungkin akan mengalami sakit kepala, radang pada sendi, dan sakit punggung jika keadaan ini dibiarkan berlarutan sahaja.

4. Kualiti Tidur Menurun

Gambar: Wanista.com

Menurut Science Daily, walaupun dengan penggunaan alat penghawa dingin akan membuatkan masa tidur seseorang individu lebih selesa dan nyaman namun pada kenyataannya aliran udara yang dikeluarkan oleh penghawa dingin mampu menganggu kualiti tidur bagi seseorang individu. Kesan ini juga kerap dialami oleh golongan wanita dan warga tua kerana mereka mempunyai tahap sensitiviti yang lebih tinggi terhadap udara sejuk di sekeliling mereka.

5. Pencemaran udara

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Huffington Post, anda sebenarnya lebih terdedah kepada pencemaran udara apabila berada dalam lingkungan kawasan yang menggunakan alat penghawa dingin berbanding di luar kawasan lingkungan tersebut. Hal ini demikian kerana, aliran udara dari penghawa dingin yang dikeluarkan adalah merupakan peredaran udara yang sama secara berulang-ulang. Hal ini boleh menyebabkan udara tersebut dicemari dengan pelbagai partikel terampai seperti habuk, debu, bulu haiwan dan sebagainya yang boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada anda.

6. Risiko Kesihatan

Gambar: lynndamya

Hasil kajian dari International Journal of Epidemiology menunjukkan bahawa orang-orang yang kerap terdedah dan menghabiskan banyak waktu di bilik yang berhawa dingin lebih berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan. Antara penyakit yang biasa adalah seperti sakit telinga, hidung dan tekak (ENT), masalah pernafasan dan masalah kulit.

7. Halang Kemampuan Tubuh Hasilkan Imun Semulajadi

Penggunaan alat penghawa dingin akan menyebabkan penurunan suhu yang rendah. Perkara ini menyebabkan tubuh badan anda untuk mencipta imun semulajadi semasa anda sedang tidur. Imun ini penting kepada tubuh kerana semasa anda tidur tubuh akan menstimulasi dan mencipta imun untuk kekebalan tubuh. Namun, jika anda berada di ruangan yang terlalu cukup sejuk semasa tidur, tubuh badan anda tidak akan dapat menghasilkan hormon tersebut dalam jumlah yang diperlukan oleh badan. Ini juga mungkin merupakan satu punca mengapa anda sering mengalami masalah kesihatan.

8. Menyebabkan Asma

Individu yang banyak menghabiskan masanya dengan duduk di bilik yang berhawa dingin sepanjang hari dan malam akan merasakan kesan buruknya kerana individu tersebut bukan sahaja tidak mendapat udara yang segar, tetapi juga boleh mendapat penyakit seperti asma.

 

Sumber: GoodyFeed

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"