Siakap Keli

Baru Beberapa Hari, Mural ‘Eggboy’ Sudah Ditemui Di Kawasan Lorong Di Australia

Insiden serangan keganasan yang berlaku di Christchurch di England nyata memberi kesan kepada banyak pihak. Walaupun yang menjadi mangsa adalah kumpulan imigran dan orang Islam, tetapi mausia di segenap penjuru alam dan pelbagai latar agama menyatakan simpati.

Ada yang muda, ada yang tua. Si kaya dan si miskin. Pemimpin tertinggi mahupun rakyat marhaen tak henti-henti mengucapkan takziah.

Begitupun, dalam kesedihan tetap ada segelintir orang yang memilih untuk mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi seperti Senator Fraser Anning yang mendakwa insiden berkenaan berpunca daripada umat Islam sendiri.

Rentetan daripada komen tidak sensitif itu, anda tentu ingat dengan seorang remaja berusia 17 tahun yang memecahkan sebiji telur di atas kepala Anning sebagai protes terhadap kenyataan provokasi tersebut.

Tindakannya nyata menerima pujian daripada seluruh dunia sehingga ada netizen, khususnya daripada Malaysia yang ‘berhimpun’ di ruang komen facebook dipercayai miliknya untuk menyatakan ucapan terima kasih dan pujian di atas keberaniannya.

Bukan itu sahaja, remaja berkenaan turut diangkat sebagai wira oleh sesetengah pihak hingga ada yang menggelarnya sebagai Eggboy.

Terkini, sebuah mural ataupun grafiti telah dihasilkan oleh individu yang tidak dikenali sebagai penghargaan kepada remaja tersebut.

Mural berkenaan menunjukkan Anning sedang ditemuramah manakala ‘Eggboy’ pula berada di belakang dan memcahkan telur pada kepalada Anning sambil merakam video.

Video dibawah menunjukkan gambar mural di Lorong Hosier Lane.

Sumber: 7 News Melbourne

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.