Siakap Keli

Gambar Konsert Terperinci dengan Huawei P30

Tahun 2018 dan 2019 memperlihatkan pelbagai inovasi diperkenalkan kepada dunia untuk membolehkan orang ramai merasai sesuatu acara, seperti konsert, dengan cara yang berbeza dan ini termasuklah dengan inovasi pada telefon pintar.

Hari ini, telefon pintar adalah peranti yang wajib dimiliki dan mujurlah pengeluar telefon pintar memahami kehendak pengguna dengan setiap pengenalan peranti baru, terutamanya dalam kategori ‘flagship’, sudah tentu didatangi dengan pelbagai ciri-ciri terkini yang sangat mengujakan.

Terbaru, dengan beberapa keping gambar yang dikongsi di media sosial yang diambil daripada konsert di Kuala Lumpur, sudah cukup membuktikan teknologi kamera pada telefon pintar kini sangat terkedepan.

Gambar-gambar berkenaan yang diambil daripada Stadium Merdeka memperlihatkan pelbagai kebolehan pada telefon pintar premium berkenaan termasuklah fungsi zoom yang hebat hinggalah super close shot.

Satu perkara yang sangat pasti, perincian pada gambar-gambar tersebut sangat menakjubkan. Biarpun kita dapat meneka dengan tepat, jurugambar mengambil gambar tersebut daripada jarak yang jauh, tetapi dengan keupayaan super close shot, wajah penyanyi dan latar pentas seperti gitar serta violin kelihatan tiada cacat celanya.

Perincian pada alat muzik tetap kelihatan menarik walaupun dari jarak lauh

Bagi anda yang pernah menyaksikan konsert mega, anda tentu sedia maklum banyak perkara yang tidak dapat ditangkap oleh mata sekiranya anda bukan pemilik kerusi VIP kan.

Ya, mungkin ada yang berkata imej dengan super close shot itu sedikit kabur, tetapi jika hendak dibandingkan dengan telefon pintar di tahun-tahun lepas, imej berkenaan jauh lebih baik dan berkualiti tinggi. Apatah lagi subjek yang cuba ditangkap adalah artis yang sedang membuat persembahan pentas.

Dengan Huawei P30, tiada masalah jika anda duduk jauh dibelakang

Tetapi, telefon pintar yang mana satu yang berupaya mengambil gambar sebegitu hebat seperti gambar-gambar yang dikongsikan di atas?

Dunia mengetahui hanya ada sebuah sahaja syarikat pengeluar yang mampu membina telefon pintar dengan keupayaan ‘super’ tersebut dan peranti itu tak lain tak bukan adalah peranti bangsawan daripada Huawei iaitu Huawei P30.

Kuasa zoom yang memukau dan keupayaan tiga shot berbeza

Mungkin anda sudah boleh berkira-kira untuk mengucapkan ‘sayonara’ kepada DSLR selepas ini. Kenapa? Gambar-gambar di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa sebuah peranti Huawei P30 sudah lebih daripada memadai untuk merakam kenangan yang tidak ingin dilupakan seperti menghadiri konsert artis pujaan hati.

Tetapi bercakap mengenai keupayaan zoom dan super close shot Huawei P30, sebagus manakah ia? Bagi menjawab persoalan tersebut, perlu untuk kita melihat dua model terdahulu daripada Huawei iaitu siri Huawei P20 dan Mate 20 Pro.

Kedua-dua ini berjaya memperoleh skor DxOMark sebanyak 109 dan menduduki carta teratas untuk ‘Liga Elit Kamera Telefon Pintar’ untuk satu jangka masa yang panjang pada tahun lepas sehinggalah sekarang. Jika dua buah model terdahulu sudah cukup hebat, bayangkanlah skor yang bakal dicatatkan oleh Huawei P30 yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi ini.

Wajah selebriti tidak ‘pecah’ biarpun gambar diambil dari jauh

Buat anda yang berkira-kira mahu menukar telefon pintar lama kepada peranti terkini, kami nasihatkan untuk memberi tumpuan kepada majlis pelancaran siri Huawei P30 yang bakal berlangsung di Paris pada 26 Mac ini.

Perhatian harus diberikan kepada majlis pelancaran berkenaan kerana pelbagai keupayaan yang unik kepada model-model Huawei dijangka akan dipertontonkan kepada penonton. Salah satunya adalah keupayaan zoom dan super close shot yang kami perkatakan tadi.

Bertemakan ‘Rewrite the Rule’, acara berkenaan akan menjadi pentas paling sesuai untuk Huawei mendedahkan pelbagai fungsi dan ciri-ciri menarik pada peranti premium berkenaan seterusnya menjanjikan satu pengalaman berbeza buat semua bakal pemiliknya.

Tiada masalah untuk mengambil gambar dalam keadaan kekurangan cahaya juga

Tidak cukup dengan itu, bagi majlis pelancaran rasmi dalam Malaysia pula, Huawei berjanji untuk memperkenalkan aksesori tambahan iaitu Huawei Backup, peranti ‘hard drive’ luar sebesar 1TB, yang boleh digunakan untuk melindungi data pada telefon pintarnya.

Dan mungkin, MUNGKIN, Huawei Backup adalah salah satu aksesori istimewa yang diberikan secara percuma kepada peminat peranti Huawei yang bertuah pada majlis pelancaran tersebut. Dengan saiz sebesar 1TB, tiada gambar lama yang perlu dikorbankan demi gambar yang baru.

Setiap perincian pada gambar objek tidak terjejas

Tak sabar untuk menjadi pengguna pertama Huawei P30? Jangan lupa 26 Mac ini ya.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai telefon-telefon pintar keluaran Huawei dengan melayari laman web dan facebook Huawei.



Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.