Siakap Keli
Sumber: imgcop.com

Betulkah PUBG Mendorong Perlakuan Ganas? Ini Jawapan Syed Saddiq Dan Hasil Undian Netizen

Isu ini hangat diperkatakan sebelum ini apabila Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad mengeluarkan kenyataan bahawa permainan video terkenal dalam talian Player Unknown’s Battleground atau (PUBG), mempunyai unsur ganas yang boleh membawa pemain kepada aktiviti yang tidak baik.

Ia adalah susulan kejadian tembakan rambang di Christchurch, New Zealand yang rata-rata berpendapat bahawa pengganas sengaja merakam serangan secara siaran langsung di media sosial sepertimana permainan video itu dimainkan.

Walau bagaimanapun, pendapat itu disangkal Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq yang menegaskan bahawa kegiatan keganasan tidak ada kaitan dengan permainan video tersebut.

Beliau turut menyuarakan pendapatnya ketika di Parlimen bahawa ketika Counter Strike menjadi kegilaan golongan muda, aktiviti keganasan maya tidak pula dibawa ke dunia sebenar.

Sususlan isu ini, Facebook Siakap Keli telah jalankan satu tinjauan mengenai isu berkenaan.

Keputusan menunjukkan seramai 58% rakyat Malaysia bersetuju bahawa permainan PUBG adalah salah satu punca keganasan yang berlaku dan perlu diharamkan manakala sebanyak 42% tidak bersetuju terhadap kenyataan tersebut.

Setakat ini keputusan tersebut telah dibuat seramai 174,000 pengundi daripada keseluruhan 5.7 juta pengikut di Facebook Siakap Keli.

Walau bagaimanapun, tinjauan ini tidak akan mempengaruhi mana-mana keputusan. Hanya semata-mata ingin mengetahui majoriti pilihan dan pendapat rakyat Malaysia mengenai isu ini.

Nur Farra