Siakap Keli

Berumur Dan Sukar Bergerak Tak Halang Wanita Ini Korbankan Nyawa Jadi Perisai Badan Selamatkan Sahabatnya

Seorang ibu rela menjadikan badannya sebagai perisai kepada rakannya dan menahan peluru dalam serangan keganasan di Christchurch baru-baru ini. akibatnya, ibu tersebut kemudian meninggal dunia dalam pangkuan rakannya yang ingin dilindungi.

Itulah kisah kepewiraan Linda Amstrong, salah seorang jemaah yang terkorban dalam tragedi berdarah Jumaat lepas yang meragut lebih 50 nyawa.

Kini, keluarga Linda merayu dunia supaya ‘memberi peluang kepada keamanan untuk wujud supaya kematian seorang ibu tidak menjadi sia-sia’.

Kisah mengenai Linda adalah sebahagian daripada cerita-cerita keperwiraan yang berlaku dalam tragedi berdarah berkenaan.

”Apabila pengganas berkenaan menyerang Masjid Linwood, Linda menjadi perisai badan untuk melindungi rakannya, membiarkan peluru-peluru hinggap pada dadanya.

”Dia meninggal dalam pelukkan saudara Muslim dan ketika imamnya sedang membacakan ayat Al-Quran,” kata anak saudara Linda, Kyron Gosse.

Katanya lagi mereka tidak terkejut dengan tindakan Linda kerana itulah sifat semula jadinya yang sentiasa mahu melindungi orang yang dia sayang.

Linda yang merupakan penduduk asal New Zealand sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan terutamanya dalam membantu komuniti pelarian.

Bagi adik Linda, Tony Gosse apa yang terjadi kepada kakanya merupakan hari paling gelap dalam hidupnya.

Kata  Tonny, Linda hanyalah seorang ibu dan juga nenek yang tidak berdaya apa-apa.

”Pada usianya 65 tahun dengan masalah kesihatan kaki, dia bukan ancaman pun.

”Dia tidak pernah tertinggal untuk menyertai solat jumaat dan disebabkan masalah kaki, dia hanya solat secara duduk di atas kerusi.

”Jadi, disebabkan itu dia menjadi sasaran mudah penyerang. Peluru pun dikatakan menembusi badannya. Saya cuma berharap ia kematian yang cepat buat Linda.

”Saya juga berharap dia orang pertama yang meninggal dunia supaya dia tidak menjadi saksi kepada keganasan yang terjadi,” kata Tony.

Dalam serangan di Masjid Linewood, seramai 7 orang jemaah terkorban termasuk Linda.

Linda lahir di Nort Island di Auckland. Dia merupakan generasi ketiga warga Kiwi dan seorang mualaf. Dalam komuniti Muslim, Linda mesra disapa dengan gelaran ‘Sister Linda’ dan berhijrah ke Christchurch kerana mahu tinggal dekat dengan anak dan cucunya.

Dia mula mengenali Islam dan terpaut pada ajaran tersebut pada 2011 selepas terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dalam membantu pelarian. Linda juga dikatakan seorang yang gemar mendengar kisah-kisah hidup daripada orang lain.

Impian Linda untuk menunaikan haji juga berjaya tercapai apabila berjaya menjejakkan kaki di Mekah 6 tahun selepas pengislamannya.

”Saya percaya, Linda gembira untuk mengulangi tindakkannya jika dia tahu apa yang dilakukan dan kematiannya membuatkan dunia dipenuhi kasih sayang dan menentang Islamofobia”.

Sumber: Mirror UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.