Siakap Keli

”Kami Ada Selama Mana Mereka Memerlukan Kami”, Mongrel Mob Ikrar Lindungi Masjid Supaya Umat Islam Boleh Solat Dengan Tenang

Ahli kumpulan bermotosikal paling ganas di New Zealand, Waitkato Mongrel Mob menyatakan ikrar untuk memberi sokongan kepada komuniti Islam di sana dan akan melindungi masjid ketika mereka menunaikan Solat Jumaat susulan tragedi berdarah di Christchurch.

Presiden Kelab, Sonny Fatu berkata, mereka menawarkan bantuan tersebut untuk melindungi Masjid Jamia di Hamilton, utara negara berkenaan.

Katanya lagi, tawaran tersebut diberikan sebagai isyarat bahawa komuniti Islam di sana bebas untuk melaksanakan ajaran agama tanpa sebarang ketakutan.

Selain Mongrel Mob, beberapa buah kumpulan motosikal lain turut menyatakan sokongan kepada komuniti Muslim New Zealand dan menyuarakan kemarahan terhadap pelaku yang menyebabkan lebih 50 nyawa melayang.

”Kami kekal disini menyokong dan membantu saudara-saudara Muslim selama mana mereka memerlukannya.

”Kami dihubungi oleh beberapa orang wakil komuniti Islam dan mereka memaklumkan kerisauan untuk menunaikan ibadah di masjid. Jadi mereka ada meminta pertolongan dari kami untuk menemani mereka di masjid terutamanya ketika menunaikan solat Jumaat,” kata Sonny.

Dr. Asad Muhsin, Presiden Persatuan Muslim Waikato berkata pihaknya amat menghargai semua sokongan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak. Malah katanya, komuniti Muslim tidak memandang Mongrel Mob sebagai kumpulan yang ganas.

”Kami menghormati mereka sebagai manusia dan kami bersyukur mereka memandang kami begitu juga,” katanya.

Bagaimanapun katanya, komuniti New Zealand harus bersatu-padu dan menunjukkan bahawa mereka tidak akan tunduk kepada keganasan. Justeru katanya, kumpulan Mongrel Mob tidak akan dibiarkan berdiri di luar sebaliknya dijemput masuk ke dalam masjid untuk bersama-sama dengan jemaah.

”Tidak perlu ada ketakutan dan kami tidak merasa takut. Mereka tidak perlu berdiri di luar masjid dan kami akan menjemput mereka untuk berada bersama-sama kami, di belakang imam bersama-sama jemaah,” katanya.

Selain sokongan daripada Mongrel Mob, komuniti Islam disana juga turut mendapat jaminan keselamatan daripada pihak polis.

Sonny juga memberi jaminan bahawa kehadiran mereka di masjid tidak akan memberi ketakutan kepada komuniti lain dan mereka akan berjaga tanpa menggunakan sebarang senjata.

”Kami secara aman akan mengawal di sekeliling masjid, bersama-sama dengan komuniti lain, supaya mereka merasa selamat berada di sini.

”Perbezaan antara kami umpama gam yang mengikat semua komuniti dengan kuat. Lupakan apa yang sudah berlaku dan kita perlu memandang kedepan. Mari kita bersama-sama baiki kerosakkan yang berlaku dan fikirkan semula perjalanan kita selepas ini,” kata Sonny.

Sumber: Dailymail

 

Jawatan Kosong di Siakap Keli

Kami mencari mereka yang berminat mengisi jawatan Penulis di Siakap Keli

  • Kelayakan minimum Diploma dan keatas
  • Mempunyai pengetahuan luas tentang isu semasa
  • Mengusai bahasa Melayu dan English dengan baik, mengusai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
  • Menepati masa dan bertanggungjawab

Jika berminat, email resume dan CV ke [email protected]

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di