Siakap Keli

Bahana Buang Plastik Dalam Laut, Lebih 40kg Plastik Ditemui Dalam Perut Seekor Bangkai Paus

Pengkaji di sebuah muzium sejarah di Davao City, Filipina telah mendapat panggilan daripada agensi marin tempatan. Mereka dimaklumkan bahawa seekor ikan paus telah memuntahkan darah dan kelihatan sangat nazak.

Malangnya, ketika Darell Blatchy yang merupakan ahli biologi marin tiba di perkampungan nelayan berdekatan, paus tersebut sudah pun mati.

Ia terapung di atas air dengan mata yang tenggelam dan rusuk yang’ menonjol’ disebalik permukaan kulit. Paus jenis Cuvier beaked itu terlihat sangat kurus!

Apabila Blatchley membawa paus sepanjang 15 meter itu ke makmalnya untuk diautopsi, dia terkejut lalu berkata :

“Saya tahu ikan paus ini mati kerana menelan plastik, tapi saya tak menyangka sebanyak ini plastik yang berada di dalam perutnya!”

Gambar : The Washington Post

Tambah mendebarkan, setelah dikeluarkan semua plastik yang berada di dalam perut gergasi laut berkenaan dianggarkan lebih dari 40 kilogram.

“Semua plastik itu ‘meletup keluar’ dari perutnya. Kami telah membuang kira-kira 16 (guni beras) plastik, dari beg plastik makanan ringan, karung guni sehinggalah ke tali nilon.”

Setelah diautopsi, paus yang seberat 1,100 pounds itu disahkan mati kerana dehidrasi dan mengalami penurunan berat badan secara mendadak.

Paus sebenarnya menyerap air dari sumber makanan yang mereka makan. Namun, tiada tanda bahawa paus itu memakan apa-apa makanan untuk beberapa hari sebelum di mati.

Gambar : The Washington Post

Ini bermakna, paus malang itu telah merosakkan badannya sendiri dari dalam dengan menelan sisa plastik tersebut.

Gambar : The Washington Post

Plastik tidak boleh dicerna oleh oleh asid dalam perut paus berkenaan dan menyebabkan kematiannya.

Gambar : The Washington Post

Krisis pencemaran plastik nampaknya sudah berada di tahap yang membimbangkan. Haiwan seperti dolpin, paus, burung dan ikan ditemui ‘terbunuh’ dengan perut yang dipenuhi plastik.

Tahun 2015, para saintis menganggarkan bahawa 90% dari semua seabird pernah termakan sisa plastik.

Malah, pihak UNESCO juga mengatakan bahawa lebih 100,000 mamalia di laut mati akibat daripada pencemaran plastik setiap tahun.

Sumber : The Washington Post , National Geographic.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.