Lelaki sememangnya diciptakan untuk menjadi seorang pemimpin dan mempunyai tugas serta tanggungjawab yang cukup besar. Di bahu mereka diletakkan satu amanah yang perlu dijalankan antaranya adalah untuk memelihara seseorang wanita.
Amanat ini ditujukan khusus kepada kaum lelaki yang berperanan sebagai bapa, suami, abang mahupun adik dan umumnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Dan lelaki yang baik adalah yang meninggikan darjat dan menghormati wanita.
Namun sekarang, sudah terlalu banyak kes yang terjadi melibatkan keganasan kepada kaum wanita. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 57,519 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan sejak tahun 2010 sehingga 2017.
Semalam, tular satu video di laman sosial Twitter yang memaparkan satu adegan pasangan kekasih yang bertengkar. Post terbabit mendapat lebih dari 44,000 ulang kicau dan menjadi perbualan hangat di laman Twitter.
Gambar : Twitter Minaa AzainiVideo yang berdurasi 72 saat itu merakamkan aksi lelaki terbabit yang memarahi kekasihnya dan wanita itu cuba menjelaskan sesuatu sambil teresak-esak. Namun lelaki itu tidak mengambil peduli dan terus memarahi si kekasih.
Tubuh Wanita Dilanggar Motor Berkali-Kali
Wanita itu kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan. Namun apa yang mengejutkan adalah aksi lelaki terbabit yang kembali semula dan melanggar tubuh wanita itu dengan motor!
Gambar : TwitterTidak cukup dengan itu, lelaki itu cuba melanyak tubuh wanita itu dengan motor secara berkali-kali seolah melepaskan geram. Dalam video itu jelas kedengaran wanita itu menyebut “Ya Allah” namun tidak diendahkan si lelaki.
Tak Cukup Dengan Langgar, Wanita Itu Dihentak Dengan Helmet
Tidak habis di situ, lelaki berkenaan mencapai helmet dibagaian depan motor dan terus menghentak wanita malang itu. Bukan sekali dihentak, malah berkali kali! Bunyi hentakkan helmet dapat didengar dalam rakaman yang dirakam oleh seorang saksi dari atas pangsapurinya.
Wanita itu terus merayu dan menangis agar lelaki itu menghentikan perbuatannya.
Gambar : TwitterMina turut membalas di statusnya :
Gambar : TwitterSaksi Cuba Menghentikan Dengan Menjerit
Saksi yang melihat kejadian itu (perakam video) cuba menghentikan tindakan dangkal lelaki itu dari atas pangsapuri. Berkali-kali perakam menjerit.
Setalah beberapa kali ditegur pasangan kekasih itu cepat-cepat beredar menaiki motorsikal. Dapat dilihat bahawa wanita itu mengesat air mata dan suaranya menangis masih didengari.
Gambar : TwitterSaksi berkenaan juga tampil membela dirinya melalui IG story ketika dipersoalkan :
Beliau menjelaskan bahawa insiden itu berlaku terlalu cepat dan sekiranya dia bertindak untuk ke tempat kejadian, masa yang dia ada tidak cukup untuk menyelamatkan keadaan itu.
Gambar : Khalil JamianKhalil Jamian yang merupakan saksi kejadian itu memuat naik hantaran di Twitternya pagi ini menyelaskan bahawa beliau telah membuat laporan polis.
Sumber : Mina Azaini & Khalil Jamian