Siakap Keli

“Tak Cukup Dengan Langgar, Teman Wanitanya Dihentak Pula Dengan Helmet” Saksi Kejadian Buat Laporan Polis

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lelaki sememangnya diciptakan untuk menjadi seorang pemimpin dan mempunyai tugas serta tanggungjawab yang cukup besar. Di bahu mereka diletakkan satu amanah yang perlu dijalankan antaranya adalah untuk memelihara seseorang wanita.

Amanat ini ditujukan khusus kepada kaum lelaki yang berperanan sebagai bapa, suami, abang mahupun adik dan umumnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Dan lelaki yang baik adalah yang meninggikan darjat dan menghormati wanita.

Namun sekarang, sudah terlalu banyak kes yang terjadi melibatkan keganasan kepada kaum wanita. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 57,519 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan sejak tahun 2010 sehingga 2017.

Semalam, tular satu video di laman sosial Twitter yang memaparkan satu adegan pasangan kekasih yang bertengkar. Post terbabit mendapat lebih dari 44,000 ulang kicau dan menjadi perbualan hangat di laman Twitter.

Gambar : Twitter Minaa Azaini

Video yang berdurasi 72 saat itu merakamkan aksi lelaki terbabit yang memarahi kekasihnya dan wanita itu cuba menjelaskan sesuatu sambil teresak-esak. Namun lelaki itu tidak mengambil peduli dan terus memarahi si kekasih.

Tubuh Wanita Dilanggar Motor Berkali-Kali

Wanita itu kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan. Namun apa yang mengejutkan adalah aksi lelaki terbabit yang kembali semula dan melanggar tubuh wanita itu dengan motor!

Gambar : Twitter

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu cuba melanyak tubuh wanita itu dengan motor secara berkali-kali seolah melepaskan geram. Dalam video itu jelas kedengaran wanita itu menyebut “Ya Allah” namun tidak diendahkan si lelaki.

Tak Cukup Dengan Langgar, Wanita Itu Dihentak Dengan Helmet

Tidak habis di situ, lelaki berkenaan mencapai helmet dibagaian depan motor dan terus menghentak wanita malang itu. Bukan sekali dihentak, malah berkali kali! Bunyi hentakkan helmet dapat didengar dalam rakaman yang dirakam oleh seorang saksi dari atas pangsapurinya.

Wanita itu terus merayu dan menangis agar lelaki itu menghentikan perbuatannya.

Gambar : Twitter

Mina turut membalas di statusnya :

“I nak lelaki durjana ni kena tangkap dengan cara apa sekali pun, sumpah i kesian dgn perempuan tu, sakit perit kena pukul sampai mcmtu, ya allah”

Gambar : Twitter

Saksi Cuba Menghentikan Dengan Menjerit

Saksi yang melihat kejadian itu (perakam video) cuba menghentikan tindakan dangkal lelaki itu dari atas pangsapuri. Berkali-kali perakam menjerit.

“Woi, kau pukul dia apahal? Kau jangan sampai aku turun bawah eh”

Setalah beberapa kali ditegur pasangan kekasih itu cepat-cepat beredar menaiki motorsikal. Dapat dilihat bahawa wanita itu mengesat air mata dan suaranya menangis masih didengari.

Gambar : Twitter

Saksi berkenaan juga tampil membela dirinya melalui IG story ketika dipersoalkan :

“kenapa taknak turun tolong wanita yang dipukul itu.”

Beliau menjelaskan bahawa insiden itu berlaku terlalu cepat dan sekiranya dia bertindak untuk ke tempat kejadian, masa yang dia ada tidak cukup untuk menyelamatkan keadaan itu.

Gambar : Khalil Jamian

Khalil Jamian yang merupakan saksi kejadian itu memuat naik hantaran di Twitternya pagi ini menyelaskan bahawa beliau telah membuat laporan polis.

Sumber : Mina Azaini & Khalil Jamian 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.