Siakap Keli
Gambar : Terkini, serangan di Gaza - Twitter

(Video) ”Letupan Di Seluruh Tempat,” Gaza Diserang Zionis Israel, Doa Dari Seluruh Malaysia Diperlukan

Sejak semalam, dilaporkan 70 roket telah dilancarkan, letupan kedengaran di sana sini, malah laluan ke Gaza juga telah ditutup. Semuanya kerana satu, mahu membunuh rakyat Islam yang tidak berdosa.

Penderitaan dialami rakyat Palestin sememangnya dahsyat. Jika tidak dapat membantu dari kudrat dan wang ringgit, marilah seluruh rakyat Malaysia kita menadah tangan berdoa di atas keselamatan, kesejahteraan dan kemenangan saudara sesama muslim kita sana.

#GazaUnderAttack

Ketika ini Gaza sedang diserang oleh zionis Israel. Dalam sebuah kenyataan Media Israel, dalam tempah yang singkat 70 roket telah dilancarkan ke kawasan Gaza yang telah mengakibatkan 7 rakyat Palestin tercedera.

Gambar : Twitter
Gambar : Twitter
Gambar : Twitter

Laluan ke Gaza juga telah ditutup oleh tentera Israel sebagai langkah untuk mereka bersedia melancarkan serangan dalam skala yang besar. Serangan disasarkan ke kawasan ibu pejabat, kawasan awam dan tanah pertanian yang dimiliki oleh rakyat Gaza.

Gambar : Twitter
Gambar : Twitter

Rakyat Gaza ketika ini perlukan doa dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia. Teruskan membantu mereka. Jangang lupa untuk kongsikan keadaan terkini rakyat Palestin di semua medium sosial yang kita miliki.

Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Menyumbang untuk lebih mudah, sila klik link berikut: https://www.billplz.com/jommenyumbang

#AmanPalestin
#JomMenyumbang

Sumber : Aman Palestine

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.