Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Nampak Ketar Tu, Terkejut Tok Kadi Layan Abang Askar Akad Nikah

abang askar akad nikah
Kredit:
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Nampak Ketar Tu, Terkejut Tok Kadi Layan Abang Askar Akad Nikah

Detik akad nikah sememangnya menjadi saat paling mendebarkan buat mana-mana pengantin lelaki.

Walau berbadan sasa, wajah garang ala ketua platun sekalipun, ramai yang tiba-tiba ‘ketar lutut’ bila berhadapan dengan Tok Kadi.

Itulah momen mencuit hati yang tular di media sosial, memperlihatkan detik istimewa seorang lelaki yang dipercayai anggota tentera.

Dalam video yang meraih ribuan tontonan itu, ramai netizen terhibur melihat gelagat “abang askar” yang tiba-tiba berubah wajah daripada tenang kepada serba tak kena.

“Bila laki kau askar nervous punya pasal sampai nikah pun dia nak buat macam nak lapor diri dalam kem,” seloroh wanita dipercayai isterinya, yang berkongsi video tersebut di TikTok.

Video tersebut pantas mencuri perhatian ramai netizen yang rata-ratanya terhibur dengan reaksi abang askar itu.

“Mohon kebenaran untuk nikah, Tuan,” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, lebih menghiburkan apabila kumpulan isteri abang askar lainnya turut berkongsi pengalaman serupa.

Ada yang mengakui suami masing-masing juga nampak garang tapi gugup habis bila akad.

BACA: Sekinchan Dibadai Puting Beliung Lagi

Sumber: TikTok @syazakamel__