Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN Melaka: Raja Sehari Segerakan Akad Nikah Untuk Mengundi

PRN Melaka
Kredit: Bernama

MELAKA, 14 Nov (Bernama) -- Pasangan raja sehari membuat keputusan mempercepat majlis akad nikah bagi membolehkan mereka keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini.

Muhammad Aidil Aimin Othman dan Nurfarah Ain Mustamam kedua-duanya berusia 27 tahun berkata mengubah masa majlis itu kepada 9 pagi berbanding perancangan asal 10.30 pagi supaya dapat “lari sebentar” sebelum majlis persandingan berlangsung pada 12.30 tengah hari.

Muhammad Aidil Aimin dari Kampung Paya Ikan di sini berkata teruja apabila dapat menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat pada hari bahagia mereka dengan berpakaian pengantin.

“Rasa agak kelam-kabut (kerana majlis serentak dengan PRN) tetapi teruja dan ada juga rasa malu (kerana menjadi tumpuan),” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Datuk Palembang di sini hari ini.

Sementara itu, Nurfarah Ain dari Kampung Ku Sayang, Bukit Baru berkata tidak dapat mengubah hari majlis bahagia mereka kerana semua tempahan termasuk pelamin telah dibuat memandangkan tarikh tersebut dirancang dari setahun lepas.

“Pada awalnya kami menjangkakan pilihan raya pada awal Oktober. Bila diumumkan 14 Nov, tak boleh buat apa sebab semua sudah ditempah. Jadi kami teruskan sahaja mengikut perancangan.

“Gembira juga mengundi dengan baju pengantin kerana berbeza daripada orang lain,” katanya yang perlu bergegas ke SK Bukit Baru untuk mengundi selepas giliran suaminya selesai.

Pasangan itu juga berharap kerajaan negeri akan mentadbir Melaka dengan baik dan menunaikan segala janji kepada rakyat.

Dapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16 menerusi https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/.

Intipati
  • Pasangan pengantin mempercepat akad nikah kepada 9 pagi bagi mengundi pada PRN Melaka.
  • Muhammad Aidil Aimin mengundi di SK Jalan Datuk Palembang dengan berpakaian pengantin.
  • Nurfarah Ain berkata tarikh majlis tidak dapat diubah kerana tempahan dibuat setahun lalu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan