Siakap Keli

Keindahan ‘Dikhianati’, Gunung Kinabalu Dicacatkan Dengan Sampah Sarap Tertulis ”I Was Here”

Gunung Kinabalu terkenal dengan pemandangan menakjubkan dalam kalangan masyarakat tempatan mahupun pelancong luar negara.

Keindahannya membuatkan ramai yang sanggup mendaki walaupun dengan ketinggian 4095 meter sekaligus menjadikannya sebagai puncak tertinggi di Asia Tenggara.

Pun begitu, baru-baru ini keindahan puncak Kinabalu telah dicemari dengan segelintir pendaki tidak bertanggungjawab yang meninggalkan sampah-sarap di sekitar kawasan itu.

Seorang individu telah berkongsi gambar yang menunjukkan cebisa-cebisan kertas ditinggalkan dengan tulisan, ‘I Was Here,’ dipercayai ditulis oleh mereka yang berjaya sampai ke puncak.

 

Sedih melihat pemandangan yang indah itu kini telah ‘dikhianati’ manusia sendiri.  Tindakan ini membuatkan kaum  Kadazandusun yang menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu sekian lama berasa kecewa dengan sikap segelintir pendaki.

Mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa.

Sumber: Cari, Wikipedia

Nur Farra