Siakap Keli

Berikut Adalah Senarai Terbaru Pasport Paling Berkuasa Dalam Dunia Tahun 2019

Tiga negara di asia, iaitu Jepun, Singapura dan Korea Selatan mempunyai pasport paling berkuasa dalam dunia.

Menerusi ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Indeks Pasport Henley, warga tiga negara berkenaan boleh melawat ke 189 negara tanpa perlu membuat permohonan visa.

Firma penasihat Henley & Partners yang memberi ranking bagi kuasa pasport setiap negara berkata, ranking baharu itu membuktikan peningkatan dan pengaruh kuasa negara Asia di peringkat dunia.

Menerusi ranking tersebut, selepas ketiga-tiga negara berkenaan, Jerman berada di tangga kedua di mana penduduknya mendapat akses ke 188 negara tanpa visa.

Selain itu, turut tersenarai lima negara lain yang berada pada tangga kedua ialah Denmark, Finland, Perancis, Itali dan Sweden.

Warganegara lima negara ini dibenarkan melawat ke 187 negara lain tanpa perlu membuat permohonan visa.

Indeks Pasport Henley merupakan antara rujukan penting bagi pelancong di seluruh dunia dan pengaruh sesebuah negara.

Berikut merupakan 10 ranking pasport paling berpengaruh di dunia :

1. Japan

1. Singapore

1. South Korea

2. Germany

3. Denmark

3. Finland

3. France

3. Italy

3. Sweden

4. Luxembourg

4. Spain

5. Austria

5. Netherlands

5. Norway

5. Portugal

5. Switzerland

5. United Kingdom

6. Belgium

6. Canada

6. Greece

6. Ireland

6. United States of America

7. Czech Republic

8. Malta

9. Australia

10. Hungary

10. Latvia

10. Lithuania

10. Slovakia

10. Slovenia

Sumber : Independent UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di