Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

”Kandungan Gulanya Lebih Tinggi Dari Minuman Berkarbonat,” Doktor Dedah Kesan Minuman Probiotik Kegemaran Ramai Kanak-Kanak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Probiotik diwar-warkan sebagai bakteria hidup atau bakteria baik yang penting bagi kesihatan usus. Ianya didatangkan dalam bentuk pil, yogurt mahupun minuman. Paling disukai ramai, minuman probiotik dari pelbagai jenama yang mudah didapati di kedai dan pasaraya. Dengan rasa yang sedap, sudah tentu menjadi kegemaran anak-anak.

Namun, tahukah ibu bapa di sebalik dakwaan khasiat dan manfaat minuman ini, kandungan gulanya yang tinggi berbahaya kepada anak-anak. Jika diminum setiap hari ataupun secara kerap, sudah tentunya akan memberi kesan kepada kesihatan.

Perkongsian oleh Dr Taufiq Razif seperti di bawah mungkin boleh membuka mata ibu bapa di luar sana. Bukan tidak boleh diminum, cuma jangan dijadikan rutin. Semoga bermanfaat.

Jangan Bagi Anak Kita Minum Minuman Probiotik Setiap Hari!

Anak saya sendiri pun, minuman kultur ataupun probiotik ni lah benda pertama yang dia akan terkam kalau ikut saya ke pasaraya.

Kenapa?

Sebab benda ni MANIS! Memang fitrah anak anak sukakan benda benda manis ni. Ingat ke bila ada tulisan ‘less sugar’ ni boleh la percaya rupanya bila check balik memang kandungan gulanya sangat tinggi.

Tak kira apa pun yang mereka tulis, minuman probiotic ni akan tetap ada kandungan gula yang tinggi. Sebab dalam minuman ni ada bakteria yang hidup. Gula dalam tu bukan cuma sebagai perasa tetapi juga sebagai makanan pada bakteria hidup kat dalam tu!

Kalau kita buat perbandingan dengan minuman berkarbonat yang super manis sendiri pun kita rasa terkejut dah. Kandungan gula dalam minuman berkarbonat 10.6g per 100ml. Tetapi dalam minuman probiotik boleh sampai 18.3g per 100ml! Banyak ke sikit tara tu!

“Nak tengok kesihatan anak kita 20 tahun akan datang tengok kandungan gula yang kita duk suap anak kita tiap hari”

p/s : Air kultur atau Probiotik ni bukan tak boleh minum langsung cuma jangan la jadikan rutin. Sekali sekala tu takpe lah.

p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak dan parenting di Telegram Channel saya. Klik link ni cepat cepat untuk join bersama 130 ribu ibubapa yang lain di dalam sana 👉 t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Dr Taufiq Razif

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.