Siakap Keli

(Video) ”Nampak Mak Tak Acap, Mak Kat Sini, Jalan Sikit Lagi,” Sebak, Rintihan Ibu Rayu Acap Pulang

Esok, masuk hari kesepuluh kehilangan Mohamad Ashraf atau dikenali sebagai Acap. Peserta acara larian denai Gopeng Ultra yang bermula di Gua Tempurung, Gopeng, Perak itu gagal dikesan setelah tidak sampai ke garisan penamat pada waktu yang ditetapkan. Pelbagai usaha telah dijalankan namun sehingga kini semuanya menemui jalan buntu.

Terbaru, pada malam ini usaha pencarian yang disertai oleh ahli keluarga mangsa masih dijalankan. Menerusi video yang dimuat naik oleh abang kandung mangsa sebentar tadi, sayu hati kami apabila mendengar rintihan seorang ibu yang mengharapkan kepulangan anaknya.

‘Jalan ke sini Acap, sikit lagi Acap,’ demikian kata-kata ibunya. Moga dengan kuasa Allah,  Acap dapat menemui jalan pulang walau di mana dia berada. Ayuh Malaysia kita berdoa.

Nampak mak tak Acap? Jalan ke sini Acap..

Sikit lagi Acap, sini Acap.. balik Acap..

Acap bukan kat sana, kat sini Acap..

Sumber : Denny Lang 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di