Siakap Keli

Penyanyi Rap Terkenal Ditemui Mati Ditembak Tak Lama Selepas ‘Tweet’ Anggap Ada Musuh Adalah Rahmat

Penyanyi rap terkenal yang juga calon Anugerah Grammy, Nipsey Hussle, maut selepas ditembak beberapa kali, dalam kejadian yang berlaku di butik pakaian miliknya di Los Angeles, Amerika Syarikat, petang semalam.

Mendiang disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital. Manakala sekurang-kurangnya dua orang lagi turut cedera yang ditembak di luar kedai.

Nipsey menerima pencalonan Anugerah Grammy tahun ini melalui albumnya Victory Lap.

”Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek dan hanya akan dikongsikan apabila kami dapat sesuatu nanti,” kata Jabatan Polis Los Angeles.

Rakan artis termasuk Rihanna adalah antara selebriti-selebriti Hollywod yang turut berkongsi rasa terkejut dengan kejadian yang menimpa Nipsey.

Mendiang, atau nama asalnya, Ermias Davidson Asghedom, membesar di South Los Angeles dan pernah menyertai kumpulan jalanan Rollin’ 60s ketika remaja.

Dia kemudian mula aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan terlibat dalam aktiviti seni Destination Crenshaw.

”Saya pernah terlibat dengan kumpulan samseng. berhadapan dengan kematian dan pembunuhan. Seolah-olah kami tinggal di zon perang, kerana kerap ada kematian di kawasan kejiranan dan penduduk-penduduk seolah-olah sudah biasa,” kata Nipsey suatu ketika dahulu.

Ahad lepas, dia memuat naik satu tweet yang berbunyi “Ada musuh yang kuat adalah satu rahmat”.

Sumber: BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.