Siakap Keli

”Ibu Nak Pegang Tapi Tak Terdaya” Detik Penuh Emosi Kali Pertama Tatap Wajah Anak Dilahirkan Selepas 5 Bulan Koma

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berat mata memandang, berat bahu yang memikul. Tidak terungkap rasanya penderitaan yang dialami oleh wanita ini. Terlantar di katil dan koma selama lima bulan, ketika sedar dia masih mengenali anak yang dilahirkan ke dunia ini walau belum sempat pun anak itu disentuh. Benarlah, kasih sayang seorang ibu itu mengatasi segalanya.

Nur Fadilla atau lebih dikenali sebagai Mokla, 28, mengalami komplikasi sewaktu melahirkan cahaya mata sulungnya. Sewaktu menjalani proses pembedahan caesarean pada 18 November tahun lalu, jantung Mokla dikatakan berhenti secara tiba-tiba.

Kakak kepada Mokla, Nur Hasirah ketika dihubungi Siakap Keli berkata, pada asalnya adiknya itu hanya terlewat ‘due date’ enam hari dari tarikh asal jangkaan bersalin. Setelah tiga hari doktor melakukan ‘induce’, tiada tanda-tanda Mokla akan melahirkan bayi secara normal.

”Dia masuk hospital 14/11.. due dia enam hari sebelum tu.. bila overdue, 15/11 induce untuk bayi paksa lahir.. petang 15 bukaan baru 2cm.. 16/11  induce untuk kali 2.. bukaan tetap sama.. lepas 3 hari, jam 2 pagi 18/11/18 Dr decide melakukan pembedahan. 

”Sebelum masuk bilik bedah dia memang stabil, dia sedar. Semasa tengah operate, dr cakap  jantung dia tiba tiba berhenti. Tetapi dia tersedar semula 10 minit setelah anak dilahirkan. Dr cakap oksigen dalam kepala dia kurang menyebabkan dia koma sampai sekarang,” kata Nur Hasirah.

Sentuhan pertama ibu dan anak

Setelah lima bulan koma, hari ini setelah sedar, Mokla pertama kali dapat menyentuh cahaya mata sulungnya. Pertemuan menyayat hati yang tular di media sosial itu membuatkan ramai yang tidak mampu menahan air mata.

Biarpun dia tak mampu berkata-kata, linangan air mata yang tidak henti mengalir dalam pertemuan kira-kira dua jam bersama bayinya, Mohd Syahmi, cukup membuktikan kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Ikuti luahan adiknya ini yang menyentuh emosi.

02.04.2019 ( hari ke 138 )

SENTUHAN PERTAMA….

Pertemuan antara ibu dan anak…. pilu campur gembira.. tak terkata… 
Air mata laju je keluar..  Moklaa angkat tangan untuk ambil anaknya.. tapi apakan daya.. dia tak mampu.. separuh saja terangkat.. tak sampai.. Allahhhuuuuu…

Moklaaa.. kuatlah demi anak mu… Sentuhan pertama.. pipi ke pipi… Moklaa menangis sekuat hati.. Syahmi turut meratapi…

Semoga sentuhan itu dapat menerbitkan keajaiban dari Allah… Sembuhkanlah moklaaa….

Jelas Hasirah, adiknya itu tidak berhenti menangis sewaktu menyentuh Syahmi buat pertama kali di luar bilik rawatan rapi ICU.

”Dia tak berdaya melakukan apa-apa, walau bercakap sepatah pun.. kami terpaksa pegang badannya untuk duduk.

”Pagi tadi saya letak Syahmi kat pipi, biar dia riba.. dua jam dengan Syahmi, Mokla tak berhenti menangis, sedih kerana pertama kali menyentuh anak,” kata Hasirah.

Lebih menghibakan, jelas Hasirah, doktor berkata jika adiknya itu sembuh sekalipun, dia tidak mampu kembali normal seperti orang lain kerana mengalami kecederaan pada otak.

Suaminya Mohd Saiful, 29, turut berkorban mengambil keputusan berhenti kerja sementara waktu bagi menumpukan perhatian menjaganya di hospital.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun berikut :

Muhammad Saiful Bin Sudin (suami) – BSN : 0300941000166384

NorHasirah Binti Che Par (kakak) –BSN : 03109-29-00021455-3

Sumber : Hasirah Nujiey

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.