Siakap Keli

Kotak Ganjaran Seakan Kaabah, PUBG Mohon Maaf Kepada Orang Ramai

Permainan popular PUBG memohon maaf kepada orang ramai setelah ditegur orang ramai kerana meletakkan kotak seakan Kaabah di dalam permainan terbabit.

Difahamkan kotak itu sebenarnya adalah ‘Birthday Crate’ yang merupakan sejenis kotak ganjaran di dalam permainan tersebut.

Lebih teruk lagi, kotak terbabit boleh ditembak oleh pemain, sekali gus menimbulkan kemarahan pemain PUBG beragama Islam.

Satu petisyen telah dibuat oleh orang ramai supaya PUBG membuang kotak itu dari permainannya.

Akur dengan permintaan orang ramai, PUBG menerusi twitter rasminya  berkata “Kami menghargai maklum balas anda dan meminta maaf kerana terlepas pandang. Kami akan mereka semula kotak Birthday Crate. Terima kasih kerana terus menyokong PUBG MOBILE.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....