Siakap Keli

(Video) Tragis, Bayi Maut Jatuh Dari Tingkat 4 Gara-Gara Ibu Terlepas Daripada Dukungan

Seorang bayi berusia antara tiga ke empat bulan maut apabila dia terlepas daripada dukungan ibunya.

Kejadian berlaku di salah sebuah pusat membeli-belah di China apabila wanita itu sedang menuruni eskalator bersama seorang lagi anaknya.

Rakaman video menunjukkan lengan kiri wanita itu terletak begitu dekat dengan pemegang eskalator sehingga bayi itu terjatuh kebawah.

Menurut laporan tempatan, wanita itu tidak dapat mengawal keseimbangan badannya lantas terlepas dukungan itu.

Bayi itu dikatakan meningagl dunia selepas paramedik digegaskan ke tempat kejadian.

“Ibu itu turun daripada eskalator.  Mungkin dia tidak berdiri dengan tegak, kanak-kanak itu terjatuh daripada lengannya,” kata salah seorang saksi.

Selepas terkejut anaknya terlepas ke bawah, kedua-dua ibu dan anak itu cepat-cepat turun ke bawah untuk mendapatkan mangsa.

Pekerja pusat beli-belah itu diarahkan menutup eskalator tersebut buat sementara waktu.  Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra