Siakap Keli

Kapal Layar Mewah Equanimity Dijual Kepada Genting Malaysia Berhad Pada Harga RM 514 Juta

Kapal pelayaran mewah, Equanimity milik ahli perniagaan kontroversi, Jho Low yang dirampas di perairan Indonesia tahun lepas dan kini dalam kawalan kerajaan Malaysia akan dijual kepada Genting Malaysia Berhad.

Menurut BERNAMA yang melaporkan kenyataan daripada Peguam Negara berkata kapal berkenaan dijual pada harga USD 126 juta (RM 514.14 juta).

Harga berkenaan dilaporkan adalah tawaran terbaik diterima kerajaan sejak ia diputuskan untuk dijual pada Okteber 2018.

Mahkamah akan memperoleh bayaran yang dibuat oleh Genting Malaysia Berhad menjelang penghujung April ini. Penjualan Equanimity bakal menjadi jumlah pemulihan skandal 1MDB tertinggi oleh kerajaan.

Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat sebelum ini meminta pihak berkuasa Indonesia menahan kapal tersebut yang ketika itu sedang berlabuh di perairan negara berkenaan kerana mengesyaki dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.

Menteri Kewangan sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan membelanjakan sebanyak RM 14.22 juta sejak Ogos tahun lepas bagi menyelenggara kapal tersebut yang berlabuh di Langkawi ketika ini.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.