Siakap Keli

“Wanita Diserang Oleh Jerung Ketika Belajar Menyelam, Terima Jahitan Lebih 70 Kali

Seorang wanita di China terpaksa menjalani operasi selama empat jam dan menerima lebih daripada 70 jahitan. Beliau tercedera kerana digigit oleh seekor jerung ketika beliau mengikuti kelas renangnya.

Gambar Hiasan

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah taman laut  di Timur Laut China. Mangsa dikatakan telah membayar sebanyak (725$) iaitu sebanyak RM 2969,00 untuk belajar berenang. Wanita itu mengalami kecederaan di bahagian kulit kepala, dahi dan bahagian rahang. Berikutan insiden itu, pengurus kelab renang berkenaan bersetuju untuk menanggung semua kos perubatan dan sebarang operasi kosmetik yang diperlukan oleh mangsa.

Gambar : Weibo

Di samping itu, pengurus kelab turut berjanji untuk memberikan mangsa pelajaran teori menyelam secara profesional setelah beliau sedar nanti. Kejadian itu telah mendapat perhatian banyak pihak terutamanya pengguna media sosial. Ada yang memberi komen bahawa :

“Sebelum menyelam, kakitangan akan memberi pesanan supaya para penyelam tidak menyentuh haiwan marin. Mungkin beliau (mangsa) ada cuba untuk menyentuhnya. Hal ini kerana di sana terdapat ramai peserta lain, tetapi kenapa beliau sahaja yang diserang? Jerung hanya akan menyerang bila ada yang mengganggunya”

Menurut sumber, jerung yang menyerang mangsa adalah dari spesis sand shark atau juga dikenali sebagai jerung harimau. Jerung jenis ini adalah jinak, tidak agresif dan hanya akan bertindak menyerang apabila berasa dirinya terancam. Mereka mampu hidup selama 15 tahun atau lebih dengan berat sehingga 160 kilogram dan sepanjang 3.2 meter.

Jerung Harimau ( Gambar : National Geographic Kids)
Jerung Harimau ( Gambar : National Geographic Kids)

Sumber : Asiaone.com 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.