Kerajaan tidak bercadang untuk menggubal undang-undang berkaitan Akta Anti Lompat Parti setakat ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.
Beliau berkata, Perkara 48 perlembagaan juga memperuntukkan bahawa tidak boleh dikenakan sebarang tindakan ke atas mana-mana Yang Berhormat iaitu dihukum kerana melompat parti.
“Oleh yang demikian, sekiranya undang-undang ini dibuat, ia mungkin akan menyebabkan dicabar dan juga ia diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sumber : BERNAMA