Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Inisiatif Baucar Buku Guru Madani Bermula 1 Julai, Hadiah Ilmu Bagi Golongan Pendidik

Siti Sakinah
Inisiatif Baucar Buku Guru Madani Bermula 1 Julai, Hadiah Ilmu Bagi Golongan Pendidik
Gambar : FB KPM

Inisiatif Baucar Buku Guru Madani Bermula 1 Julai, Hadiah Ilmu Bagi Golongan Pendidik

Kementerian Pendidikan (KPM) ingin memaklumkan bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh membuat tebusan Baucar Buku Guru MADANI bernilai RM100 bermula pada 1 Julai hingga 30 September 2025.

Bagi tujuan penebusan, PPP perlu melayari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025.

Inisiatif Baucar Buku Guru MADANI yang memberi manfaat kepada lebih 430,000 PPP bawah KPM telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025. Ia adalah hadiah ilmu bagi golongan pendidik bertujuan untuk membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.