Siakap Keli

”Saya Sanggup Bayar RM50, Tapi Tolong Tarik Balik Laporan,” Netizen Terkesan ‘Pak Guard’ Ditahan Kerana Curi Ayam Goreng Dan Roti

Selepas didakwa mencuri pelbagai jenis bungkusan makanan bernilai RM38.80 di sebuah pasar raya di Terengganu, dua pengawal keselamatan berusia 19 dan 20 tahun telah ditahan reman sejak semalam.

Kedua-dua suspek dipercayai mencuri makanan berupa roti, Pizza Mini, Muffin Coklat dan ayam goreng untuk dimakan bersama-sama mereka sebelum disedari oleh kakitangan pasar raya itu semasa melakukan pemeriksaan di pondok pengawal tersebut.

Namun, kejadian tersebut telah menyentuh emosi rata-rata netizen yang menganggap tindakan melakukan laporan polis menyebabkan mereka beruda ditahan sebagai ‘keterlaluan’. Ujar netizen, mungkin atas desakan kewangan sehingga tidak mempunyai wang membeli makanan menyebabkan mereka berbuat sedemikan.

Malah, ada di antara netizen yang sanggup membayar semula harga makanan yang dicuri kepada pihak pasar raya tersebut supaya laporan terhadap kedua-dua suspek dapat ditarik semula.

Bagi sesetengah netizen, mereka mendakwa dalam kes ini memang tidak boleh dinafikan mencuri merupakan satu kesalahan tetapiĀ  dalam beberapa perkara bukankah budi bicara dan ihsan sesama manusia itu perlu diambil kira. Ikuti luahan netizen seperti di bawah.

Aku boleh ganti balik RM50 dengan syarat tarik balik laporan

Mungkin terlalu susah atau terdesak tiada duit untuk beli makanan

 

Potong gaji mereka, tak perlu sampai report polis

Salah tetap salah, tapi ini soal budi bicara

Tak ada sifat kemanusiaan

Sedekah sahaja lah kepada mereka

Mencuri memang salah, tetapi selesaikanlah dengan cara berhemah

Tak boleh ke ada sifat kompromi?

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.