Siakap Keli

India Memilih: Fakta Menarik Perlu Anda Tahu Mengenai Pilihan Raya Paling Besar Di Dunia

India hari ini memulakan Pilihanraya Umum terbesar di dunia sekaligus menjadi proses demokrasi yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Sebanyak 1 per 8 penduduk dunia, sekitar 900 juta orang penduduk India layak untuk mengundi dalam pilihan raya yang berlangsung sehingga Mei nanti dalam proses demokrasi paling besar atas Planet.

Sebanyak 1 juta tempat mengundi disediakan di seluruh India meliputi kawasan bersalji di Pergunungan Himalaya sehinggalah kawasan tropika di bahagian selatan.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya di negara kedua paling ramai penduduk di dunia tersebut.

Siapakah yang layak mengundi?

Semua rakyat India yang berusia 18 tahun dan ke atas layak untuk mengundi. Jumlah berkenaan adalah sekitar 900 juta orang daripada 1.3 bilion rakyat India.

Sebanyak 84 juta orang merupakan pengundi yang pertama kali mengundi kali ini. Kurang sedikit daripada separuh merupakan pengundi wanita manakala sekitar 300 juta pengundi merupakan buta huruf.

Selain itu dianggarkan seramai 39,000 orang merupakan pengundi transgender. Sejak 2010, India membenarkan penduduknya yang tinggal di luar negara untuk mengundi.

Siapakah yang bertanding?

Menurut laporan media antarabangsa, terdapat sebanyak 2,300 parti politik di India. Bagaimanapun hanya 7 parti diiktiraf dan layak bertanding di peringkat kebangsaan manakala 59 parti lagi layak bertanding di peringkat negeri.

Untuk pilihan raya lepas, lebih daripada 8,000 calon bertanding dalam pilihanraya Lower House of Parliment untuk merebut 543 kerusi yang ditawarkan.

Perdana Menteri India, Narenda Modi daripada Bharatiya Janata Party (BJP) dan pesaingnya kali ini, Rahul Gandhi daripada Parti Kongres adalah dua pemimpin dan parti yang mendominasi pentas politik India.

Bagaimanapun parti-parti politik kecil turut memainkan peranan sekiranya parlimen tergantung dan kerajaan tidak boleh dibentuk. Parti-parti politik besar akan menawarkan kerjasama dengan parti-parti kecil ini bagi mendapatkan majoriti.

Tugas mencabar

Seluruh proses pilihanraya dijangka berlangsung hampir 6 minggu melibatkan 7 fasa mengundi. Seramai 10 juta petugas pilihanraya untuk menguatkuasakan undang-undang pilihanraya, termasuklah memastikan tiada pengundi yang perlu keluar melebihi 2 kilometer untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Jarak tersebut menyebabkan ada petugas-petugas pilihanraya terpaksa membuka pusat mengundi di kawasan hutan terutamanya di kawasan pedalaman.

Bagaimanakah rakyat mengundi?

Proses pengundian dijalankan menggunakan Mesin Mengundi Elektronik (EVM) yang pertama kali digunakan ketika pilihan raya 1982.

Diangarkan berjuta-juta EVM dihantar ke seluruh pusat mengundi termasuklah menggunakan helikopter dan unta terutamanya di kawasan-kawasan yang sukar dicapai melalui jalan raya.

EVM dijana melalui bateri dan mudah dipasang. Walaupun ada yang mendakwa mesin ini boleh digodam, bagaimanapun pihak pemantau mendapati tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan tersebut.

Setiap pengundi akan menerima resit selepas mengundi manakala slip akan dimasukan ke dalam peti undi yang mempunyai sistem keselamatan tersendiri.

Selain itu, jari telunjuk belah kiri pengundi juga akan ditanda dengan dakwat yang sukar ditanggalkan selepas mengundi bagi mengelakkan pengundian kali kedua.

Hari keputusan diumumkan

Hari mengundi akan tamat pada 19 Mei manakala keputusan undian hanya akan diumumkan empat hari kemudian selepas proses kiraan undi untuk memilih calon mengisi 543 kerusi selesai.

Bagaimanapun hari pengumuman boleh ditunda sekiranya Mahkamah Agung berpendapat pemeriksaan rawak perlu dilakukan terhadap EVM yang digunakan ketika mengundi.

Jika mana-mana parti politik mendapat mandat majoriti, keputusan mungkin boleh diumumkan sebelum tengah hari. Namun ia sekali lagi boleh tertangguh dan memakan masa berhari-hari sekiranya parti-parti politik besar perlu berunding dengan parti-parti kecil untuk membentuk kerajaan campuran.

Pada 2014, BJP berjaya memperoleh 282 kerusi, lebih 10 kerusi daripada yang diperlukan, untuk membentuk kerajaan majoriti kali pertama selepas 3 dekad.

Sumber: CNA

Jawatan Kosong Siakapkeli

1. Penulis/Writter

  • Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah
  • Berumur 26 tahun dan ke bawah
  • Tiada pengalaman, tunjuk ajar akan diberi
  • Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
  • Mempunyai minat dalam bidang penulisan
  • Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi
  • Boleh berkerja Shift

2. Video Editor

  • Terbuka untuk lepasan Diploma atau Ijazah
  • Berpengalaman dalam bidang video editing
  • Mempunyai perwatakan menarik
  • Kreatif
  • Boleh bekerja berkumpulan
  • Mahir Adobe Premiere dan Final Cut Pro

3. Pelukis Komik

  • Terbuka kepada mereka yang kreatif menghasilkan kartun
  • Kreatif
  • Boleh bekerja berkumpulan
  • Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi

4. Internship di Siakapkeli

Bidang dikehendaki Diploma/Ijazah (terbuka sepanjang tahun)

  • Media Kreatif
  • Bahasa Melayu
  • Masscomm (Journalism)
  • Multimedia/Animation
  • Seni Kulinari (Penyediaan Makanan)

Pengambilan untuk jawatan kosong adalah segera untuk kemasukan Mei 2019, Jika berminat e-mail resume (writter), resume & portfolio (video editor), resume & komik dengan kisah ringkas menarik (Pelukis Komik), hasil karya metilah dihasilkan sendiri ke [email protected]mereka yang terpilih akan dipanggil temuduga.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.