Siakap Keli

”Mama Tahu Mawar Kuat Sayang,” Sebak, Dari Anak Yang Dilahirkan Sihat Kini Berjuang Melawan Kanser Untuk Hidup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Besar harapan bagi setiap ibu bapa, anak yang dilahirkan ke dunia ini membesar dengan sihat. Bahagia rasanya melihat si kecil berlari-lari riang, sempurna tanpa ada kekurangan. Namun, siapalah kita untuk menolak takdir Allah andai kata ujian datang menimpa.

Seperti yang dilalui oleh seorang ibu yang cekal, Maryiam Edran apabila anak tunggalnya disahkan mengalami kanser saraf tahap tiga. Anak yang dulunya dilahirkan sihat kini berdepan saat-saat sukar melawan penyakit, berjuang untuk hidup.

Ikuti perkongsian beliau yang menyentuh emosi seperti di bawah. Mahu atau tidak semuanya perlu diterima dengan redha. Moga Allah memberikan kesembuhan kepada Mawar Hanania dan kekuatan kepada ibu bapanya.

MAWAR HANANIA BINTI MUHAMMAD IZAT HAKIM

Gambar sebelum dan sekarang.
Sebelum : 13.5kg
Sekarang : 10.8kg

Mawar hanania anak syurga mama

19.12.2018. Tarikh mula2 mawar masuk hospital. Tak akan aku lupa tarikh tersebut. Masa tu mawar pucat dan susah nak berak, seminggu sekali baru berak kadang-kadang sampai berdarah. Tu yang tergerak hati nak g KLINIK Swasta.

Dari swasta tu check mawar and then dia cakap ‘anak awak nie ada masalah usus, saya anak buat surat rujukan untuk awak g ke hospital kerajaan.’ Malam dalam pukul 10 aku and suami g ke HSA, dekat kecemasan HSA mawar ditempatkan di ZON kuning.

Dalam otak nie macam-macam fikir, doa yang mawar takda apa-apa je. Doktor buat X-ray untuk mawar, and cakap ‘usus anak awk nie bengkak and then mawar kena admit ward.’

Dekat wad pediatric HSA mawar kena ambil darah, dan result memang darah merah mawar kurang, jadinya kne TRANFUSE darah. Lepas tu mawar kena buat CT scan abdomen. Masa tu aku masuk sekali masa mawar buat scan, nampak dengan mata aku sendiri yang dekat kidney dia ada MASS, ya ALLAH masa tu aku rasa down gila.

Dr cakap ketumbuhan mawar dekat buah pinggang besarnya 12cm, kau rasa 12cm besar sangat-sangat. Budak umur 1 tahun lebih ada ketumbuhan dekat buah pinggang 12cm. Besar sangat-sangat. Aku call family, terus aku menangis cakap dengan diorang mawar ada ketumbuhan.

Rasa down sangat-sangat kenapa anak aku? Kenapa mawar? Tapi ALLAH itu ada, dia tak akan uji hambanya sekirannya hambanya tak mampu. Dia uji maksudnya DIA sayang hambanya tu.

Lepas tu mawar kena trasnfer ke HSI, jadinya kena la berkampung di HSI pula, duduk dekat HSA 3 hari je. Lepas tu mawar kena buat ujian terperinci untuk nak tahu ada diagnosis penyakitnya. Mawar kena buat BONE MARROW, lepas dapat result doktor diagnosis penyakit mawar RIGHT NERUROBALSTOMA (cancer saraf) stage 3.

Doktor pakar bagi kauseling tentang penyakit yang dia hadapi, hanya mampu berserah and teruskan rawatan sahaja. Mama tahu mawar kuat, rawatannya mawar akan jalani chemotherapy 7 cylce, operation dan radiotherapy. Masa rawatan macam-macam berlaku kat mawar. Demam, muntah-muntah, tak lalu makan and macam-macam la. Sedih sangat mama tengok keadaan mawar.

Penah mawar tak boleh berjalan selama sebulan sebab mawar terlampau lemah sangat. Tapi mawar gagahkan diri untuk berjalan and akhirnya mawar mampu berjalan. Suami aku berhenti kerja untuk jaga mawar sepenuhnya, sekarang hanya aku je yang berkerja.

Ia memang aku kerja kerajaan tapi kalau nak menampung perbelanjaan lain kadang-kadang kami anak beranak cukup-cukup makan je. Ulang-alik hospital adalah rutin harian mawar, lepas habis chemo, mawar akan ke daycare untuk tengok keputusan darah, selagi darah tak cantik selagi tu akan datang hospital.

14.4.2019 nie mawar akan jalani chemotherpy ke 4. Moga mawar kuat jalaninya. Lepas chemo doktor pakar cakap mawar akan jalani pembedahan untuk buang ketumbuhan dekat kidney.

Lupa nak cerita, mawar ada buat scan MIBG dekat HKL, keputusannya ketumbuhannya ada 3 tempat, 1 dekat buah pinggang, 2 dekat tulang thorax dan 3 dekat sebelah leher dia.

Perjalanan mawar masih belum tamat lagi, masih banyak lagi yang dia kena lalui. Doakan mawar untuk terus kuat dan kuat.

Terima kasih pada kawan-kawan yang pernah beri sumbangan pada mawar. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Doa and kebaikan korang semua tak mampu kami balas.. Jika kawan-kawan nak beri sumbangan or nak bertanya pasal kesihatan mawar. Pm or DM 0173921405 (no saya sendiri)

Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun :

Maybank 1510 4417 9309 (Siti Maryiam Binti Edran)

Sumber : Maryiam Edran

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.