Oats atau oatmeal sememangnya mengandungi pelbagai khasiat dan mampu mencegah kita dari pelbagai penyakit kronik terutamanya penyakit jantung. Hal ini demikian kerana, ianya kaya dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh seperti magnesium, karbohidrat dan zat besi.
Bagi penggemar oat, pasti anda pernah mendengar mengenai “overnight oat” atau paling tidaknya pernah mencuba sajian ini sekali seumur hidup anda. Bagi mereka yang kurang gemar oat kerana rupa dan rasanya, anda patut ambil tahu apa itu overnight oat.
Overnight oat ialah sejenis sajian ringkas yang berasaskan oat dan mudah dan pantas untuk disediakan. Ianya juga merupakan satu hidangan cepat yang penuh khasiat dan mempunyai rasa yang sedap berbanding oat biasa. Overnight oat kebiasaannya diambil sebelum tidur atau semasa sarapan pagi.
Nur Mastura Othman ada berkongsi 19 resepi overnight oat yang bukan sahaja mudah untuk anda sediakan tapi turut mempunyai rasa yang lazat.

Bismillah.
Mudah sahaja nak buat overnight oatmeal ni. Hanya 5 bahan asas. (Untuk bekas sederhana besar)
1) 5-6 tbs rolled oats (oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik bila dibiarkan semalaman)
2) 1 cup fresh milk (saya gunakan susu segar farm fresh/ goodday kerana tiada bahan pengawet, susu segar dari ladang)
3) 1-2 tbs natural yogurt (jenama farm fresh, natural tiada bahan pengawet atau perasa tambahan. Boleh juga guna natural greek yogurt tapi oats akan jadi lebih pekat)
4) 1/2 tbs Chia seeds (nak kurus, ni makanan yg sgt sesuai jadi amalan. Terlalu byk kebaikan antaranya kandungan omega-3 8x lebih dari ikan salmon, control blood sugar, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam-macam lagi.)
5) 1-2 tbs honey (pemanis semulajadi. Madu bagus untuk kekalkan tenaga)
Campur semua dalam 1 bekas (saya guna bekas kaca kerana proses penyejukan akan lebih sekata). Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera masing-masing.
Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan nak kurangkan tahap kolesterol dalam badan.
Selamat mencuba!
1. Passion fruit overnight oatmeal
Bahan tambahan:
Passion fruit
Black raisins

2. Guava overnight oatmeal
Bahan tambahan:
Seedless guava

3. Cinnamon-Lai overnight oats
Bahan tambahan:
Cinnamon dusting
Lai

4. Pear overnight oatmeal
Bahan tambahan:
Pear
Black raisins

5. Nuts heaven overnight oats.
Bahan tambahan:
Pistachio
Pecan nuts
Walnuts

6. Red plums overnight oatmeal
Bahan tambahan:
Red plums
Black raisins

7. Choc – chips cinnamon overnight oats
Bahan tambahan:
Choc-chips
Drizzle of cinnamon dusting

8. Plain overnight oatmeal

9. Choc-pomegranate overnight oats
Bahan tambahan:
Choc powder
Pomegranate

10. Pistachio joy with black raisins overnight oats
Bahan tambahan:
Pistachio
Black raisins

11. Orange and vanilla overnight oats
Bahan tambahan:
Vanilla flavor
Black raisins
Orange juice

12. Banana and blueberries overnight oats
Bahan tambahan:
Banana
Blueberries

13. Strawberries and pistachio overnight oats
Bahan tambahan:
Strawberries
Pistachio

14. Pomegranates overnight oatmeal
Bahan tambahan:
Pomegranates
Black raisins

15. Peanut butter and banana overnight oatmeal
Bahan tambahan:
Peanut butter
Banana

16. Mango lassi overnight oatmeal
Bahan tambahan:
Mango lassi (mango, natural yoghurt, fresh milk, honey)
Chopped mango

17. Apple-kurma (dates) overnight oats
Bahan tambahan:
Red apple
Dates – chopped

18. Overnight choc – chia oats
Bahan tambahan:
Choc powder
Extra chia seeds
Drizzle of choc syrup
Choc cube/ kinder (optional)

19. Grapes overnight oatmeal
Bahan tambahan:
Grapes
Black raisins
