Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri, Satu Wilayah Petang Ini

Azizah Najib
Ribut petir negeri wilayah
Kredit: Bernama

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri, Satu Wilayah Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melibatkan tujuh negeri serta satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan menjangkakan hujan lebat berlaku di kebanyakan kawasan bagi Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di utara, cuaca buruk dijangka landa daerah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Manakala di Perak, hujan lebat berkemungkinan berlaku di kebanyakan kawasan melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar dan Kinta. Begitu juga Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Beralih di Selangor, hanya tiga daerah dijangka alami hujan lebat dan ribut petir iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Di Negeri Sembilan, Met Malaysia menjangkakan hujan lebat hanya berlaku di daerah Jelebu.

Melihat cuaca di pantai timur, cuaca buruk diramal melanda daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Turun ke Pahang pula, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar. Elakkan dari berada di lokasi berisiko dan sentiasa peka dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa dari masa ke masa.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)

BACA: Peruntukan RM1 Juta Setiap 12 Kampung Angkat Madani Di Bawah KDN

BACA: Kes Warga Asing Cedera Di Parkir, HKL Serah Rakaman CCTV Kepada Polis

BACA: Kelas Murajaah Hafazan Al-Quran Bakal Diwujudkan Di Semua Institusi Pendidikan MARA