Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 4 petang ini.
Menurut amaran yang dikeluarkan, daerah yang terlibat merangkumi negeri Kedah, Perak, Kelantan Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
Beberapa Negeri Diramal Hujan
“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kulim, Bandar Baharu dan Baling. Manakala di Perak pula seperti Kerian, Larut Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim
“Sementara di seluruh negeri Kelantan diramal hujan. Di Terengganu termasuk Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut. Selain itu di Pahang meliputi daerah Rompin, Pekan, Kuantan, Jerantut, Maran, Bera, Temerloh dan Cameron Highlands.
“Di Johor, beberapa daerah seperti Kota Tinggi, Johor Bahru, Mersing, Kluang, Kulai, Pontian, Batu Pahat, Muar dan Segamat dijangka hujan.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut
