Siakap Keli
Gambar Hiasan

Harga Runcit RON97 Naik 12 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit petrol RON97 naik 12 sen seliter iaitu daripada RM2.68 seliter kepada RM2.80 seliter bagi tempoh 20 April hingga 26 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal seperti minggu lepas iaitu pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Tanpa subsidi kerajaan, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan sepatutnya RM2.50 seliter dan RM2.46 seliter.

“Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat, ” kata kenyataan itu.

Gambar : Bernama

Sumber : BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.