Siakap Keli

Wings Dan Bunkface Berkongsi Pentas Dalam Konsert Laksamana Metal Dua Generasi Mei Ini

Industri musik tempatan bakal bergegar tidak lama lagi apabila kumpulan musik rock lagenda, Wings bersama-sama Bunkface akan mengadakan konsert bersama-sama pada 4 Mei depan.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Konsert dan juga vokalis Wings, Dato’ Awie dalam satu sidang media di PWTC semalam.

”Kita satukan dua nama (Wings dan Bunkface) dalam satu konsert yang menggabungkan dua generasi. Musik punk dan musik rock di atas satu pentas,” katanya.

Ujar beliau lagi, konsert ini diadakan sebagai siri persembahan menjelang sambutan 35 tahun penubuhan kumpulan Wings dalam industri hiburan tempatan pada tahun depan.

”Ini adalah konsert utama dan sebagai pemula untuk konsert-konsert seterusnya. Konsert kali ini akan menampilkan kumpulan Bunkface manakala konsert-konsert akan datang akan menampilkan kumpulan yang berbeza-beza,” katanya lagi.

Digelar sebagai Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Genarasi, Wings x Bunkface, acara mega berkenaan akan diadakan di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam selama 2 jam 30 minit.

Para peminat kepada musik rock tempatan, anda boleh mendapatkan tiket normal berharga RM 150 manakala pemegang tiket berharga RM 450 pula diberi peluang untuk hadir dalam sesi sound check bersama Wings dan Bunkface serta tempat duduk.

Bagaimanapun, sesi sound check hanya terhad kepada 550 orang peminat sahaja. Tiket-tiket mula dijual tiga hari sebelum konsert berlangsung.

Para pecinta musik tempatan boleh menempah tiket melalui agen Sayap-Sayap Wing. Senarai dan nama agen akan diumumkan kelak melalui @sayap2Wings (IG) dan Sayap-sayap Wings (FB).

Wings yang dianggotai oleh Dato’ Awie, Edrie, Eddie dan Sham muncul dalam mencipta nama dalam industri musik tempatan dan serantau pada 1987 melalui lagu Dari Belenggu Irama sehinggalah kali terakhir tampil bersama pada 2014 melalu lagu Menakluk Kosmos.

Antara lagu-lagu lain yang menjadi siulan anak muda suatu ketika dahulu adalah Bujang Senang, Taman Rashidah Utama, Sayap Ilusi, Hukum Karma dan Intan Ku Kesepian.

Mankala Bunkface pula adalah kumpulan musik punk rock yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan yang popular melalui karya-karya seperti Situasi, Ekstravaganza, Revolusi serta beberapa buah lagu Inggeris antaranya Soldier, Silly Lilly dan Through My Window.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.