Siakap Keli

Setiap Hari Suap Ibu Makan Dengan Mulut Sebab Kudung Kedua-Dua Tangan, Anak Tak Lupa Jasa Ibu Besarkannya Selama Ini

Berbakti kepada ibu-bapa adalah perbuatan mulia bagi mengenang jasa mereka dalam membesarkan kita selama ini.

Di China, kisah seorang lelaki yang yang kudung kedua-dua belah tangannya sejak kecil lagi akibat kemalangan dalam menjaga ibunya yang sudah uzur sendirian nyata boleh membuatkan air mata sesiapa sahaja mengalir.

Hilang nikmat tangan sejak usian tujuh tahun, lelaki yang kini berusia awal 50-an ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu yang sangat lanjut usianya termasuklah menyuap makanan menggunakan mulut.

Menurut laporan akhbar antarabangsa, si ibu yang sakit tua sudah tidak mempunyai tenaga untuk bergerak malah agak sukar untuk menggerakan anggota badan termasuk tangannya sendiri.

Oleh itu, si anak yang hanya dikenali sebagai Cheng terpaksa menggigit hujung sudu untuk mencedok makanan daripada bekas sebelum menyuap mulutnya. Perkara ini dilakukan oleh Cheng setiap hari.

Selain memberi makan ibunya, Cheng turut melakukan pelbagai tugas lain dengan keupayaannya yang terbatas itu.

Cheng juga kini sudah mahir untuk menggunakan kakinya bagi melakukan pelbagai tugas termasuk ketika keluar mencari rezeki.

Antara tugas-tugas yang dilakukan oleh Cheng termasuklah memasak, mengemas rumah, bercucuk tanam dan memungut hasil tanaman.

Cheng mula memahirkan diri menggunakan kakinya untuk melakukan pelbagai tugas sejak usinya 20 tahun selepas pemergian mendiang ayahnya.

Walaupun ada sesetengah orang berkata tidak menjadi kesalahan sekiranya Cheng keluar mengemis untuk mencari rezeki, Cheng menolaknya.

”Saya mungkin tidak mempunyai tangan, tetapi saya masih memiliki kaki untuk bekerja,” katanya.

Kata Cheng, dia masih lagi mampu untuk memiliki hidup yang bermaruah dan berupaya untuk membalas jasa ibunya yang selama ini menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Sumber: The Huffpost, Borepanda

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.